Wednesday, November 5, 2014

Pengangkutan Awam Ke Ibu Pejabat Shaklee di The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway

Salam semua :-)

Hihi, pelik tak baca tajuk entry saya kali ini? Memang sedikit pelik sebab biasanya mereka yang datang ke Ibu Pejabat Shaklee (HQ) akan menaiki kenderaan sendiri, jarang-jarang sangat yang naik pengangkutan awam. Sebab itu lah bila ditanya apa pengangkutan awam yang paling dekat dengan The Pinnacle ini, memang ramai yang tidak tahu.



Pada minggu lepas, saya dan rakan-rakan telah menghadiri Kelas Nutrisi Terbaik yang dibuat khas untuk Group Shaklee kami di Pinnacle. Memang seronok sangat sebab kami dapat belajar dengan lebih terperinci tentang nutrisi khas yang sesuai untuk pembesaran dan kesihatan kanak-kanak. InsyaAllah entry tentang ini akan saya tuliskan tidak lama lagi.

Alamat Ibu Pejabat Shaklee di Pinnacle, Sunway
 Ok, berbalik pada cerita pengangkutan awam ini, untuk makluman pembaca semua, pengangkutan awam yang paling hampir dengan Pinnacle adalah KTM Komuter iaitu Stesen Seri Setia. Sekiranya di kawasan pembaca tidak ada komuter, bolehlah naik mana-mana kenderaan awam lain seperti bas atau ERL atau LRT dan berhenti di KL Sentral. Daripada KL Sentral ini bolehlah kita ambil Komuter dan berhenti di Stesen Seri Setia. Sebenarnya boleh juga jika nak berhenti di stesyen yang seterusnya iaitu Setia Jaya, tapi Setia Jaya adalah kawasan yang agak padat dan jem. Jadi lebih senang jika kita berhenti di Stesen Seri Setia ini.

Laluan KTM Komuter

Apa yang paling saya suka dengan komuter ini ialah dia ada Gerabak yang khusus untuk wanita dan  kaum lelaki memang tidak boleh masuk ke sini. Mudahlah bagi ibu-ibu menyusu untuk menyusukan anak-anak mereka di coach ini. 

Gerabak Khas Untuk Wanita

Stesen KTM Komuter Seri Setia.

Setelah sampai di stesyen ini, bolehlah ambil teksi ke Pinnacle. Kadang-kadang ada juga pemandu teksi yang tidak berapa arif di mana letaknya Pinnacle ini kerana ianya adalah kawasan baru. Pinnacle ini letaknya betul-betul di Sebelah Sunway Piramid. Tambang Teksi ke sini biasanya lebih kurang RM6 sahaja. Alhamdulillah, walaupun terpaksa menaiki kenderaan awam ke Pinnacle atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya berjaya tiba di sana tepat pada waktunya.

Jom Belajar :-)

Salam Sayang;

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

5 comments:

nila anggraini on November 5, 2014 at 7:29 AM said...

Terima kasih atas info yang sangat berguna sekali bagi sya...lain kali boleh naik ktm ke pinnacle ni..memang senang kalau naik ktm, sebab tak jem.

Norhafizah Kamso on November 5, 2014 at 10:53 AM said...

perkongsian yang bermanfaat. lepas ni kalau nak kesana dengan public transport boleh la refer guideline ni :)

Wan Fatihanum Wan Rusli on November 5, 2014 at 1:04 PM said...

pertama kali tau pasal seri setia ni. tapi tahniah pada ila kerana langsung tidak beralasan untuk menuntut ilmu..

zainah mohamad on November 5, 2014 at 4:07 PM said...

Tak tau pun komuter seri setia dekat dengan HQ. Dah tau senangla nak g sendiri..tq for info

Rendahkan Kolesterol, Ubah Gaya Hidup

fisha hasan on November 5, 2014 at 5:30 PM said...

wah.. terbaik. tertanya2 jugak.. maca mana nak ke sana kalau dgn public transport.. hehe
CARA HILANGKAN BINTIK HITAM DI WAJAH

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template