Tuesday, November 25, 2014

Ketahui Bahaya Tiroid dan Kesannya Kepada Kehidupan ~

Penyakit Tiroid
Kita sering mendengar tentang masalah tiroid tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa penyakit ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kematian sekiranya penghidap tidak dirawat dengan sewajarnya. Menurut kajian juga , kaum wanita lebih mudah diserang penyakit ini berbanding lelaki.
Selain boleh mengakibatkan kematian, masalah tiroid juga turut  menyebabkan perubahan kepada kehidupan pesakit terutamanya dari segi emosi dan tenaga. Oleh yang demikian, adalah penting agar pesakit dan keluarga terdekat memahami kesan-kesan penyakit ini dan memberi sokongan sepenuhnya kepada pesakit agar pesakit dapat melalui situasi ini dengan sebaiknya.


Kelenjar Tiroid
Kelenjar tiroid terbahagi kepada dua. Dua hormon yang dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, emosi dan tahap tenaga.

Jenis-Jenis Tiroid
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama iaitu Hipertiroidisme dan Hipotiroidisme.

Hipertiroidisme
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok dengan sendirinya.
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
Pesakit tiroid biasanya sukar mengawal emosi walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil

Tanda-tanda hipertiroidisme:
  •     Bengkak di leher
  •     Cirit birit
  •     Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  •     Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  •     Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  •     Kesuburan turun
  •     Penumpuan kurang
  •     Angin yang tidak menentu
  •     Kejang otot
  •     Osteoporosis (kereputan tulang)
  •     Pengeluaran peluh banyak, bertambah.
  •     Suhu badan naik, tidak tahan panas
  •     Rambut tidak kuat
  •     Sukar bernafas
  •     Sukar tidur
  •     Tekanan darah naik
  •     Turun berat badan walaupun selera naik
  •     Lemah

Hipotiroidisme
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.

Tanda-tanda hipotiroidisme:
  • Bengkak kaki
  • Ingatan terganggu
  • Rasa malas dan kuat tidur
  • Badan sering terasa sejuk dan lemah
  • Daya ingatan menurun
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Kadar pengepaman jantung perlahan
  • Kulit jadi kuning – lesu, pucat
  • Kulit kering
  • Masalah kesuburan
  • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
  • Otot mudah kejang dan bengkak
  • Percakapan lambat
  • Pertambahan berat badan
  • Rambut rontok
  • Rasa mengantuk
  • Rendah nafsu seks
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Suara menjadi serak
  • Tak tahan sejuk

Cadangan Vitamin Shaklee

Hipertiroidisme

  •  Vivix
    • Vivix melindungi dan membaiki DNA. 
    • Membantu meningkatkan tenaga di dalam sel
    • Bertindak sebagai antioksidan semulajadi 
    • Mengandungi Resveratrol yang juga mempunyai estrogen.

  •   ESP
    • Mengandungi protein soya yang mempunyai estrogen. Kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan. Ini berguna utk pesakit hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
    • ESP boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)
    Nota: Pesakit Hipertiroid tidak boleh mengambil Vitalea/Alfafa

Hipotiroidisme

  •     Vitalea
    • Multivitamin yang mempunyai semua vitamin seperti iodin, vit A, D, E, B2, B3 dan Zinc sangat sesuai untuk pesakit hipotiroidisme
    • Sumber iodin (kekurangan iodin adalah punca penyakit hypotiroidisme)
    • Vitamin A dan D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yg aktif)
    • Zinc diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau T4 (hormon tiroid yang tidak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif)

  •     Vita E Complex
    • Vitamin E mengandungi 10mg selenium semulajadi. Ia diperlukan dalam proses penukaran T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid.
  •     B Complex
    • Vitamin B2, B3 dan B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid 
    Nota: Pesakit Hipotiroid tidak boleh mengambil ESP



Salam Sayang & Jumpa Lagi!

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

14 comments:

ieda dayah on November 25, 2014 at 11:00 PM said...

Bahaya juga kan tiroid ni.. Nak kena cek la mcm ni, sbb tak dpt kawal emosi, asyik nk marah je.. Tq info..

Syira Masyiramaro on November 25, 2014 at 11:20 PM said...

Kurang info ttg tiroid ni..at least bila share ,dapatla sedikit oenjelasan.mengenai tiroid.syukran sis

fisha hasan on November 25, 2014 at 11:42 PM said...

Sya ad kwan yg tiroid.. Mmg kesian.. asyik nak demam je.. Suara slalu takda..tiroid juga buat nafas berbau..
10 TIPS KURUS DENGAN CEPAT

alyaa aidee on November 26, 2014 at 1:16 AM said...

Jangan pandang ringan pada masalah tiroid. Sebab itu melalui saluran makanan. Kalau sakit macamana nak makan. Jika dapat detect awal, boleh cepat rawat.

nila anggraini on November 26, 2014 at 6:18 AM said...

Tyroid ini memang perlu diatasi segera. Mujurlah ada bitamin shaklee boleh bantu anda yang mengidap sakit ini. Terima kasih atas perkongsian ini dear . .

rawat kayap segera sebelum terjadi komplikasi yang teruk

Niny fariza on November 26, 2014 at 8:10 AM said...

Mas abelajar dulu ada kawan yang menghadpi masalah ni..

sicomel ayatulhusna on November 26, 2014 at 10:31 AM said...

Penyakit tiroid memang bahaya ia boleh membawa kepada kematian, supplement shaklee boleh membantu merawat masalah tiroid...

ketahui kepentingan kalsium

Nik Azimah Awg Hamat on November 26, 2014 at 12:13 PM said...

perkongsian yang details pasal tyroid

SET SLIMMING PUJAAN HATI

Kamalia Lee on November 26, 2014 at 4:16 PM said...

Mak saya sendiri ada penyakit hyperthyroidism. X bileh stress sikit, fizikal or mental, penyakit dia akan relapse. Thanks for information

Nursimatun Md Yusof on November 27, 2014 at 3:23 PM said...

Alamak, asyik nak marah je kebelakangan ni. nak kena check jugak ni...

Cara Meningkatkan Selera Makan Anak-anak Agar Suka Makan Makanan Berkhasiat

asma el Kareem on December 3, 2014 at 7:06 AM said...

Terbatas info

Panduan Ajar Anak Minum Guna Cawan

Kamalia Nor on June 12, 2016 at 12:18 AM said...

Tgh admin skrg..doc syak tyroid..esok br dpt tahu result darah...harap tak de ape2...demam 39 dan heart rate tinggi..

Kamalia Nor on June 12, 2016 at 12:21 AM said...

Tgh admin skrg..doc syak tyroid..esok br dpt tahu result darah...harap tak de ape2...demam 39 dan heart rate tinggi..

scsraito on June 19, 2016 at 8:38 PM said...

Result apa?

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template