Friday, November 7, 2014

Sedihnya Nak Bercerai Susu - Tips Cerai Susu @ Wean Off Yang Menjadi

Salam pembaca semua :-)

Cerai Susu? Wean Off? Aduh, sedihnya. Saya percaya perasaan sedih ini memang berlaju kepada semua ibu dan juga anak-anak yang melalui proses wean off. Masih teringat lagi ketika Arif genap 2 tahun, saya memberikan Arif susu menggunakan botol buat kali yang pertama. Memang mengalir air mata apabila perlu memberikan anak susu selain daripada susu ibu semasa proses wean off ni. Perasaan yang sama mungkin akan berulang kembali kerana baby Akmal juga bakal berusia 2 tahun tidak lama lagi.

Kek Comel Arif
Sebenarnya banyak peristiwa yang boleh terjadi semasa proses wean off ini berlaku. Ada anak-anak yang merajuk sampai langsung tidak mahu susu lain. Ada yang buat mogok, ada juga yang tetap mahu meneruskan penyusuan walaupun pelbagai cara tradisional telah dicuba. Sekiranya anak-anak yang tidak mahu minum susu lagi, ibu bapa janganlah terlalu bimbang kerana sumber kalsium juga boleh diperolehi daripada sumber-sumber makanan lain selain susu.

Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dipraktiskan untuk bercerai susu, tetapi saya memilih cara psikologi berbanding cara yang lain. Di dalam hati saya berkata ' nak cuba cerai susu dulu dengan kerelaan Arif sendiri, jika tak boleh, barulah cuba cara yang lain'.

Teknik Psikologi
Tahukah pembaca semua anak-anak terutamanya yang bakal memasuki usia dua tahun telah pun mempunyai keupayaan yang cukup untuk memahami arahan dan percakapan ibu bapanya? Cuma mungkin sahaja mereka masih belum mampu membalas dengan bahasa yang betul. Paling tidak akan keluar perkataan ' Nak @ Nanak (Tak Nak) daripada mulut mereka yang comel itu.

Dua bulan sebelum bercerai susu, saya akan bercakap-cakap dengan Arif semasa proses penyusuan lebih kurang ayat seperti berikut:-
Nanti dah 2 tahun, Arif tak boleh minum susu ibu lagi tau, sebab Arif dah besar. Arif kena belajar minum susu botol. Ibu tak bagi susu bukan sebab ibu tak sayang, tapi Ibu nak Arif belajar berdikari, nanti bolehlah ikut papa pergi kebun lama-lama. bla.. bla... dan macam-macam cerita lagi apabila Arif dah 2 tahun tu. 

Pada peringkat awal Arif akan kata ' Nanak, Nanak, tapi lama kelamaan Arif akan mengangguk bila ditanya ' Faham tak sayang'?

Pujukan menggunakan teknik psikologi ini perlu dibuat dalam tempoh yang lama bagi memberikan peluang dan ruang kepada anak untuk memahami mengapa dia bakal bercerai susu dan bukannya dibuat dalam tempoh yang drastik seperti sehari ataupun seminggu.  Kalau dibuat dalam tempoh yang singkat memang merajuklah anak kita kan? Hihi.. silap-silap memang mogok dibuatnya ~

Memang susah hati kalau si manja mula mogok
Tips Bercerai Susu Secara Psikologi
  1. Seawal 2 bulan sebelum proses bercerai susu dibuat, selalulah bercerita dan bercakap dengan anak tentang proses bercerai susu ini. Ini bagi memberikan anak masa untuk memahami dan mahu bercerai susu mengikut kerelaan hatinya.
  2. Sesekali di luar waktu penyusuannya, berikan anak susu lain bagi memastikan anak kita boleh minum susu lain dan bebas dari masalah alahan susu (lactose intolerance). Saya dulu tidak membeli susu, sebaliknya memberikan sample susu yang boleh diperolehi di pasaraya.
  3. Setelah waktu yang dijanjikan sampai, mintalah izin anak untuk memulakan proses bercerai susu secara berperingkat seperti ' Arif dah kena minum susu dalam botol kan hari ni?
  4. Proses bercerai susu yang sepenuhnya mungkin mengambil masa sehingga 1 minggu atau sebulan mengikut kekuatan emosi anak dan ibu , jadi praktiskan juga tips-tips di bawah di sepanjang proses wean off tersebut.
    • Kurangkan dahulu sesi penyusuan sebelum berhenti sepenuhnya.
    • Jangan tawarkan susu tetapi jangan menolak jika anak meminta. Sebelum memberikan anak susu, pujuklah dia dahulu seperti ingatkan anak yang beliau telah berjanji untuk belajar berhenti susu atau alihkan tumpuan anak kepada perkara lain. Jika anak ok, bolehlah kita menolak, jika anak masih meminta berikanlah sedikit tetapi pujuklah dia untuk tidak menyusu lagi atau menyusu menggunakan botol.
    • Berikan anak makan makanan yang mengenyangkan agar anak kurang meminta susu
    • Kurangkan sesi penyusuan pada setiap hari contohnya hanya sekali pada waktu malam, itupun jika diminta oleh anak.Waktu malam adalah waktu yang paling kritikal kerana kebanyakan anak sudah terbiasa tidur dengan cara menysu sehingga terlelap.
    • Jangan salin baju di depan anak kerana ini akan membuatkan anak nampak dan teringat susunya. Pakailah pakaian yang sukar untuk dielak oleh anak.
    • Gunakan teknik lain untuk menidurkan anak seperti membuaikan anak, membacakan buku cerita atau memberikan  anak susu melalui botol.

      • Sentiasa belai dan cium anak bagi memberikan kekuatan dan menunjukkan anda tetap menyayanginya walaupun beliau telah berhenti susu.
      • Mintalah bantuan terdekat seperti minta suami bawa anak berjalan-jalan di luar tanpa kehadiran ibu. Ini akan membuatkan anak yakin bahawa proses 'tidak menyusu dengan ibu' itu bukanlah sesuatu yang sukar.
    Emosi anak juga memang akan sedikit terganggu semasa proses wean off dijalankan. InsyaAllah dengan persediaan, ilmu  dan semangat yang kuat daripada ibu, anak dan ayah, proses wean off ini bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya menjadi permulaan kepada anak kita untuk lebih berdikari dan menjadi insan yang lebih dewasa :-)

    Salam sayang;

    Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier.

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
     
    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    Pengedar Shaklee Malaysia
    Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567
    Blog: http://raikankasih.blogspot.com

    5 comments:

    Nurul Huda on November 7, 2014 at 8:59 AM said...

    sedihny..baca pn dh berkaca mataku..huhu.danial pn xlama dh nk lalui proses ni..hmmm..mesti kuat!

    Wan Fatihanum Wan Rusli on November 7, 2014 at 12:55 PM said...

    dulu masa cerai susu aqeef agak sukar jugak, letak sirap, letak gincu semua tak jalan..pernah juga letak asam jawa heheh..tp akhirnya wean off sendri sebab tinggalkan dia masa buat umrah..masa tu pun sbnrnya dah 3 tahun lebih dah..so balik dari umrah tu tak mintak susu lagi..

    ummu hasni on November 7, 2014 at 1:27 PM said...

    Memang sedih masa nak wean off anak-anak ni. Ingat lagi anak no 3 gegirl saya satu-satunya, masa tu adik baby baru lahir, terpaksa la bagi dia tidur dengan tok ma nya, dalam usaha nak wean off. Ikutkan dia memang nak nyusu lagi, tapi dah ada adik baby pula, terpaksa la :(

    Promosi Shaklee Omega Guard November 2014

    syuhada salleh on November 7, 2014 at 5:27 PM said...

    Syu x penah alami lagi..huhu..tapi memang dgr cerita semua ibu2, mesti sedih waktu ni..subhanallah.besar pahala ibu tu kan ;)

    nila anggraini on November 7, 2014 at 10:05 PM said...

    memang sedih kalau nak cerai susu ni, anak sya yang sulong bercerai susu umur 3tahun lebih, macam kesian tengok dia, tapi setelah mencuba untuk tak bagi susu badan lagi akhirnya anak akur walupun sampai sekarang dia masih geram kalau tengok adik sedang menyusu.

    Dilema Anak Kurus Kering Dan Tak selera Makan

    Post a Comment

    Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

    Pendaftaran Ahli Shaklee

    Nama Penuh:
    E-mail:
    No Kad Pengenalan
    No Telefon:
    Alamat Penuh:
    Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
    Status Bujang
    Berkahwin
    Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
    Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
    Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
    Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
    Maklumat Pembayaran
    Pesanan/Nota:

    This online form was provided by Freedback.

    Borang Pesanan Vitamin

    Nama
    Emel
    No Telefon
    Alamat 1
    Alamat 2
    Alamat 3
    Poskod
    Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
    Nota (Jika Ada)
    Pilihan Bank Bayaran Maybank
    CIMB
    RHB Bank

    This contact form was created by Freedback.
     

    -Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template