Friday, November 7, 2014

Talasemia Boleh DiCegah ~ Jalani Ujian Saringan Talasemia

Salam semua ~

Semalam saya berjumpa dengan seorang rakan lama yang anaknya menghidap talasemia major. Sedihnya bila mendengar cerita bagaimana anaknya perlu dirawat pada setiap bulan untuk pemindahan darah. Sememangnya kesakitan yang ditanggung oleh anak-anak juga menjadi penderitaan kepada ibu bapa. Ketika saya berkahwin dulu, ujian Saringan Talasemia ini masih belum diwajibkan seperti Ujian HIV. Jadi memang ada pasangan yang tidak mengetahui mereka berdua adalah pembawa sehinggalah bayi yang lahir disahkan sebagai penghidap talasemia.




Bagaimana Talasemia Boleh Diwarisi?
(Sumber utama: MyHealth Portal)
Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Bagaimana Talasemia Diwarisi Kepada Anak-Anak

Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh dipindahkan melalui darah, udara dan air , atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.


Jenis-jenis Talasemia

Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu:-

Pembawa gen talasemia ( talasemia minor)
Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan pula hanya boleh dibuat melalui ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.

 
Pesakit talasemia (talasemia major)
Pesakit talasemia major pula akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan seperti:
  • Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Jaundis
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  • Tumbesaran terbantut
  • Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka

Rawatan untuk pesakit Talasemia

Pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Walaubagaimanapun, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan. Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap pesakit.


Proses pemindahan darah kepada kanak-kanak memang sedikit menyakitkan

Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi atau iron chelators adalah amat penting bagi pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau mulut. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa yang dijalankan terhadap pesakit talasemia major bergantung pada situasi tertentu.

Rawatan pemindahan sum-sum tulang daripada adik-beradik yang sesuai juga boleh  dijalankan, sementara rawatan gen masih di dalam kajian.

Komplikasi Talasemia
Jika tidak dirawat, pesakit talasemia akan mendapat tanda-tanda yang disebut di atas dan ia boleh membawa maut disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.

Jika hanya mendapat rawatan transfusi darah tanpa rawatan penyingkiran zat besi, zat besi yang terkumpul di dalam organ-organ akan mengganggu fungsi organ tersebut.

Bolehkah Talasemia dicegah?
Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak perkahwinan sesama pembawa-pembawa gen talasemia. Oleh yang demikian, lakukanlah ujian saringan talasemia walaupun anda belum merancang untuk berkahwin. 




Ini kerana apabila disahkan sebagai pembawa,  bolehlah kita mengelakkan diri untuk bercinta atau merancang untuk berkahwin dengan pembawa talasemia. Seperti kisah sahabat saya tadi, mereka berdua hanya tahu bahawa mereka adalah pembawa gen talasemia ketika mereka bakal berkahwin dan mereka meneruskan perkahwinan tersebut kerana cinta dan jarak yang singkat. Sememangnya kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

Di Malaysia, terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan untuk Pesakit Talasemia. Ibu Bapa boleh mendapatkan maklumat berkaitan dan berkongsi ilmu dengan para pesakit yang lain di sini.



Salam sayang;


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 
 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

1 comments:

fairul rizal on January 1, 2015 at 6:51 AM said...

Memang bahaya talasemia ni..

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template