Friday, November 14, 2014

Tampil Cantik Dengan Pilihan Warna

Salam pembaca semua ~

Pernah tak tiba-tiba ada orang tegur kita ' Wah, cantik lah hari ni! atau mungkin juga ada yang kata 'Berseri-seri hari ni, ada apa-apa ke? Biasanya kita terus akan tersenyum dan kata 'tak ada apa-apa lah' atau kalau ada yang nakal sikit akan menjawab 'Saya hari-hari cantik', hihi.  Rasanya hari itu sama sahaja dengan hari-hari yang lain. Bezanya mungkin kita pakai baju atau tudung yang menjadi kegemaran kita. Tahukah pembaca semua, pemilihan warna yang sesuai boleh mengubah penampilan kita kepada sesuatu yang luar biasa dan membuatkan kita kelihatan lebih segar, cantik dan bertenaga?





Rahsia Warna

Putih Bersih
Warna putih adalah warna yang boleh membangkitkan mood. Jika terasa letih, stress atau kurang bermaya, pilihlah warna putih. Warna putih yang  suci dan bersih  ini membantu minda kita relaks dan  tenang. Mereka yang menggemari warna putih juga dikatakan seorang yang penyabar,  sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk.

Merah Jambu
Warna lembut ini sering menjadi pilihan terutamanya  kaum wanita. Merah jambu juga  mewakili imej yang sopan dan manis. Warna ini mempunyai aura yang sangat positif. Pemakai akan lebih bersemangat dan yakin dalam melaksanakan segala urusan. Mereka yang menggemari warna pink dikatakan seorang yang tegas dan jujur, suka membantu dan orang lain serta  teliti dalam semua perkara.

Biru
Warna ini melambangkan ketenangan, kematangan dan rasional. Aura warna biru akan mempengaruhi kita dalam membuat keputusan yang tepat dan bijak. Mereka yang menggemari warna biru dikatakan memiliki sifat yang romantik, setia, suka berimaginasi dan nampak tenang dalam hubungan cinta.

Oren dan kuning
Oren dan kuning mempunyai tenaga luar biasa, ia memberikan keceriaan dan membuatkan si pemakai nampak aktif serta bertenaga. Mereka yang menggemari warna ini  dikatakan berjiwa lembut, penuh kasih sayang dan sentiasa ceria. Juga seorang yang positif dan sangat optimis serta sangat setia kepada pasangan.

Hijau
Aura hijau memancarkan kesegaran dan memberi terapi istimewa kepada pemakainya. Mereka yang menggemari warna hijau dikatakan sangat rajin, jujur bekerja dan sangat tekun serta sabar dalam melakukan sesuatu perkara. Merek ajuga dikatakan suka kepada keharmonian dan
gemarkan kedamaian.

Merah
Warna merah bukan sahaja menarik perhatian malah warna ini memantulkan tenaga luar biasa. Mereka yang menggemari warna merah dikatakan bersifat berani, jujur, berdisiplin, sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka.  Mereka juga suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

Hitam
Warna hitam juga dapat membantu menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh. Mereka yang menggemari warna ini dikatakan seorang yang prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Mereka juga tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.





Pening Nak Pilih Warna Yang Sesuai?

Apakah warna yang sesuai untuk kita? Cool Color atau warm color? Pemilihan kombinasi warna yang betul boleh menjadikan kita kelihatan cantik dan berseri manakala pilihan warna yang salah pula boleh menyebabkan kita tenggelam atau nampak kurang bermaya. InsyaAllah topik tentang Cool Color danWarm Color ini akan saya kongsikan di entry yang akan datang. 



 
Berikut adalah warna-warna yang dikatakan sesuai untuk semua jenis kulit tidak kira cerah, sawo matang ataupun kuning langsat. Jadi jika pembaca masih belum arif tentang pilihan warna-warna ini, bolehlah memilih pakaian daripada kombinasi warna-warna ini. Warna-warna ini juga amat sesuai dijadikan pilihan bagi musim perayaan sekiranya ingin sedondon dengan ahli keluarga yang lain

Unggu Tua


Merah

Emerald Green


Blush

Putih




Salam Sayang;

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!



Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

25 comments:

Niny fariza on November 14, 2014 at 11:51 AM said...

bagus la info ni..berpinar pulak mata say tengok warna banyak2..like blue,green ...

Epidural Analgesia

nila anggraini on November 14, 2014 at 12:47 PM said...

Thanks for info dear..sy suka warna biru....sampai anak sy yang pertama pon suka warna biru....

Bibir , kulit dan kuku akan menjadi pucat bila ibu mengandung mengalami masalah ini

Nik Azimah Awg Hamat on November 14, 2014 at 1:41 PM said...

perkongsian yang menarik!
saya suka purple dan warna yang gelap...

makanan pintar untuk si manja

Jasreena Zainal Abidin on November 14, 2014 at 1:45 PM said...

Sy suka pink & blue. Hehe..
Bolehkah 'Bohong Sunat' pada si manja?

kecik sangat on November 14, 2014 at 2:00 PM said...

Kuning idaman hati..

alyaa aidee on November 14, 2014 at 2:55 PM said...

Saya suka putih :) rasa refreshing!

nurulhuda sobari on November 14, 2014 at 3:46 PM said...

Saya tak pernah suka dengan warna ungu TAPI kalau apa2 benda boleh pulak saya pilih warna ungu! PELIKkan??

JommSihatDanCantik -> TUJUH SETENGAH BIJI OREN DALAM 1 TABLET

Kamalia Lee on November 14, 2014 at 3:55 PM said...

Suka pink dan hijau. Dulu masa kecil suka biru,tapi skrg suka hijau pink. Hingga kereta pun nak colour pink tapi husband tak bagi, katanya nanti dia xmo drive kereta saya hahaha

Syira Masyiramaro on November 14, 2014 at 3:56 PM said...

Sy suka biru dan ungu..tp sy selau pakai hitam sbb senang nak match dengan shawl atau apa2 kaler tudung.jimat :)

Resipi Puding Roti untuk Teatime or Supper

Rose Nazyiana on November 14, 2014 at 3:57 PM said...

I like biru..dah baca info ni esok nak keluar boleh intai warna apa yang nampak menarik lagi..😃


Nebulizer Dengan MyImam

supplement eshoppe on November 14, 2014 at 4:53 PM said...

Perkongsian menarik, tq 4 info, biru menjadi warna pilihan saya.

Nursimatun Md Yusof on November 14, 2014 at 5:29 PM said...

Warna memainkan peranan juga. Ada aura tertentu di sebalik pemilihan warna-warna ni... Tapi saya minat warna yang sejuk je seperti hijau... :)

Tips Supaya Anak Cepat Bercakap

Anmas Healthcare on November 14, 2014 at 6:29 PM said...

Warna juga mempengaruhi aura kita :D

:: anmashealthcare.blogspot.com ::

Nabilla illa on November 14, 2014 at 6:29 PM said...

Sy suka pink... :D

Nor Azimah on November 14, 2014 at 7:33 PM said...

saya suka warna yang lembut dan menenangkan...tapi ramai org suka warna yg terang dan berani...

Tips Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin

ida rusyeela on November 14, 2014 at 7:46 PM said...

I ♡ Blue..same goes to my elder son also blue but my 2nd son ♡ green.

Jemput baca: Atasi Suami Isteri Gaduh Besar Dengan 5 Langkah Mudah

irene kass on November 14, 2014 at 7:53 PM said...

Sekarang trend colour blocking.. kata orang, orang yang suka pakai warna terang2 ni berjiwa berani.. ; )

Ain Ridzuan on November 14, 2014 at 7:57 PM said...

Saya suka warna hijau sebab tenang aje..

Rahsia Anak Jarang Sakit

sicomel ayatulhusna on November 14, 2014 at 10:28 PM said...

Biru cinta hati ku...bila tengok colour biru rasa tenag jiwa, kalau pegi pantai lagi mendamaikan dengan warna laut yang kebiruan.

nurul nurshida rosnan on November 15, 2014 at 12:42 AM said...

Saya sk pink..boleh katakan baju ..tudung byk pink..

fisha hasan on November 15, 2014 at 1:32 AM said...

Suka sangat dengan purple.. Tq for the info.. Kna pndai2 Plih colour ikut mood harian..hehe
CARA NAK TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH

faezah mohd said on November 15, 2014 at 4:50 AM said...

wah menarik info ni...saya suka warna biru

asma el Kareem on November 15, 2014 at 10:57 AM said...

Suka warna-warna ni..sekarang ni suka hijau

Tips Elakkan Migrain Waktu Pantang

ieda dayah on November 15, 2014 at 11:16 AM said...

suka warna purple, tapi cari baju warna purple xpernah jumpa yang cantik-cantik.. selain tu suka warna oren, hijau, merah..

asma el Kareem on November 15, 2014 at 12:14 PM said...

Suka warna hijau..

Tips Elakkan Migrain Waktu Pantang

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template