Monday, November 24, 2014

Vitamin Shaklee Untuk Sakit Gigi Yang Teramat Ketika Mengandung

Salam semua :-)

Hari ni saya nak kongsikan tentang masalah sakit gigi bagi ibu-ibu yang sedang mengandung. Sakit gigi ini memang menyakitkan apa lagi kalau kita mengalaminya ketika mengandung. Di atas sebab-sebab keselamatan, ibu yang mengandung biasanya tidak digalakkan menjalani rawatan seperti menampal atau mencabut gigi ketika mengandung terutamanya ketika trimester pertama dan ketiga.  



Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan yang melibatkan perkembangan janin. Oleh yang demikian, sebarang rawatan yang membabitkan suntikan yang masuk terus ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, ubat tahan sakit serta imbasan X  Selain itu, Ibu yang hamil di trimester ketiga pula dikatakan tidak selesa lagi untuk berbaring di kerusi dental kerana berat bayi akan memberikan tekanan kepada abdomen. Kerana itulah, memang terdapat ibu-ibu yang hanya mampu menahan kesakitan sahaja disebabkan sakit gigi ketika tempoh itu. Dan kerana itu jugalah, wanita yang sering sakit gigi akan dinasihatkan oleh Doktor untuk merawat masalah tersebut terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil semula.

Antara Penyebab Sakit Gigi Ketika Hamil
(Sumber : Majalah Pa & Ma)

Perubahan Hormon
Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan. Kebiasaannya, ibu hamil  mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi. Gusi bengkak atau gingivitis jika dibiarkan boleh menyebabkan penyakit gusi kronik yang dipanggil periodontal disease yang akhirnya boleh menjejaskan bayi di dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir.

Doktor juga tidak akan mengambil risiko membuat rawatan jika ibu hamil mengalami bengkak gusi kerana bimbang berlaku pendarahan yang banyak dan boleh memberi risiko kepada ibu.

Kerosakan Gigi
Selain daripada masalah gusi, kerosakan gigi adalah masalah kedua sering dialami ibu hamil. Ia biasanya berlaku kerana mulut cenderung berasid dan air liur juga kering. Oleh sebab kebanyakan wanita hamil mengalami morning sickness dan sering muntah, jus gastrik yang bersifat asid dari perut akan termasuk ke dalam mulut yang akhirnya boleh menghakis permukaan gigi. Pakar pergigian memberitahu kaedah terbaik yang perlu dilakukan iaitu sentiasa amalkan berkumur dengan air kosong atau menggunakan ubat kumur bagi meneutralkan kembali mulut.

Oleh yang demikian, ibu hamil dinasihatkan menjalani rawatan rutin pergigian sebelum hamil atau sebelum merancang untuk hamil.
 
Perubahan Keperluan Nutrisi
Seperti yang kita sedia maklum bayi yang sedang membesar memerlukan pelbagai nutrisi seperti kalsium untuk untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Bayi akan mendapatkan bekalan nutrisi ini dari tubuh ibunya. Maka ibu hamil perlu memastikan jumlah nutrisi yang diambil adalah mencukupi untuk keperluan bayi dan ibu sendiri. Kekurangan nutrisi penting seperti kalsium dan Vitamin C juga boleh membuatkan ibu hamil mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti keradangan gigi.

Vitamin Shaklee Untuk Gigi Yang Sihat

Terdapat 3 jenis vitamin Shaklee yang sesuai untuk membantu menangani masalah sakit gigi terutamanya bagi ibu hamil bergantung kepada masalah yang dialami.



Vita-C Plus
Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. 



Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara badan daripada jangkitan virus dan bakteria.



Ostematrix
Kalsium pula amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. 
OsteMatrix turut membekalkan nutrien-nutrien harian lain selain kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia turut juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 


Selain itu, seseorang ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi si ibu kekal sihat dan gusi kuat. Pengambilan kalsium semasa hamil juga dikatakan mampu mengelakkan daripada berlakunya masalah sakit pinggang dan kaki kejang khususnya di waktu malam. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt dan keju. Namun begitu, sekiranya anda merupakan seseorang yang tidak suka akan produk berasaskan tenusu, anda boleh menggantikannya dengan mengambil Ostematrix. Istimewanya Ostematrix adalah ianya terdiri daripada gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet di samping mengandungi magnesium dan vitamin D yang mana ianya tidak menyebabkan kita sembelit dan kita lebih selamat dari risiko mendapat batu karang.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Selain itu, seseorang ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi si ibu kekal sihat dan gusi kuat. Pengambilan kalsium semasa hamil juga dikatakan mampu mengelakkan daripada berlakunya masalah sakit pinggang dan kaki kejang khususnya di waktu malam. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt dan keju. Namun begitu, sekiranya anda merupakan seseorang yang tidak suka akan produk berasaskan tenusu, anda boleh menggantikannya dengan mengambil Ostematrix. Istimewanya Ostematrix adalah ianya terdiri daripada gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet di samping mengandungi magnesium dan vitamin D yang mana ianya tidak menyebabkan kita sembelit dan kita lebih selamat dari risiko mendapat batu karang.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Garlic Complex
Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi sememangnya telah dipraktiskan oleh ibu hamil di luar negara bagi masalah gigi yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.  


Kandungan alisin di dalam bawang putih memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria.  Bawang putih juga berfungsi mencairkan darah. Oleh yang demikian pengambilan Garlic Complex di awal kehamilan dan juga bagi mereka yang mempunyai masalah pendarahan tidak digalakkan.

Atasi Sakit Gigi Semasa Mengandung Dengan Set Penjagaan Gigi Shaklee

Salam Sayang & Jumpa Lagi!

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

14 comments:

Nursimatun Md Yusof on November 24, 2014 at 10:31 PM said...

Memang elok sangat ibu hamil ambil supplemen kerana banyak zat2 di dalam badan kita telah di serap oleh bayi di dalam kandungan. Sebab itulah para doktor mengesyorkan agar kita makan vitamin2 yang di bekalkan

nurulhuda sobari on November 24, 2014 at 10:33 PM said...

Alhamdulillah. Pregnant anak sulung dan yg ke dua memang tak ada langsung masalah gigi. Kalsium memang huda titik beratkan selain vitamin c.

JommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET

nila anggraini on November 24, 2014 at 11:23 PM said...

Perlunya menjaga kebersihan dan kesihatan semasa hamil. Kerana kesihatan gigi ibu berpengaruh kepada kesihatan bayi dalam kandungan.


Pentingnya Minyak Ikan Untuk Kesihatan Yang Perlu Anda Ketahui

Kamalia Lee on November 25, 2014 at 12:27 AM said...

Keperluan nutrisi meningkat ketika hamil, terutama sekali kalsium utk tulang. Ramai ibu terjejas kesihatan gigi semasa hamil, selepas melahirkan dan semasa menyusu badan kerana kekurangan kalsium. Mmg perlu mengambil supplemen kalsium, jadi Ostematrix yg terbaik

alyaa aidee on November 25, 2014 at 1:37 AM said...

Kalau gigi cantik nak cakap berdepan dengan orang pun confident kan? Hihi

asma el Kareem on November 25, 2014 at 9:37 AM said...

Kandungan lepas sakit gigi yang amat. Time tu la gigi bongsu nak keluar..


Tips Kebahagiaan Rumahtangga

sicomel ayatulhusna on November 25, 2014 at 10:13 AM said...

Alhamdulillah masa hamil tak ada masalah sakit gigi...

atasi kebimbangan hamil selepas keguguran

Niny fariza on November 25, 2014 at 10:54 AM said...

Pernah pegi cabut gigi dan tanya doktor nape orang ngandung tak digalakkan cabut gigi..ianya lebih kepada takut infection sbb imnuniti badab ibu agak lemah tapi jika sakit boleh cabut tapi perlu lebih berhatai-hati..

Kulit Kering dan Menggelupas

Nik Azimah Awg Hamat on November 25, 2014 at 12:03 PM said...

Alhamdulillah sepanjang mengandungkan ketiga-tiga anak tiada masalah gigi

SENDI SIHAT KELUARGA BAHAGIA

faezah mohd said on November 25, 2014 at 3:49 PM said...

alhamdulillah saya tiada masalah sakit gigi semasa hamil

ikan kembung tiga rasa istimewa

ieda dayah on November 25, 2014 at 5:02 PM said...

tak pernah lagi mengalami masalah sakit gigi ketika hamil.. tapi pernah dengar doktor gigi bercerita tentang kawan dia mengalami masalah sakit gigi ketika hampir waktu bersalin.. kawan doktor tu cakap sakit gigi lebih sakit dari sakit nak bersalin.. sampai kawan doktor tu minta tolong cabutkan gigi dia sedangkan dia dah dlm labour room.. lg pun, sakit gigi yg dialami ketika dlm trimester ke3 tidak boleh dicabut.. tak ingat dah kenapa, sebab itu perlu lakukan pemeriksaan gigi ketika hamil..

8 PANDUAN MAKAN UNTUK KEKAL BERAT BADAN YANG SIHAT

Syira Masyiramaro on November 25, 2014 at 9:42 PM said...

Mcm2 ye isu kesihatan timbul semasa hamil..

Fatimah Bt Tony on May 10, 2015 at 12:18 AM said...

perkongsian yg sangat menarik dan bermanfaat. masa pregnant ni, memang macam-macam je dugaan. Belum lagi sakit alahan yang kebiasaan orang hamil alami, sakit gigi pun dah ada jugak.

sakit gigi semasa hamil

Dr Akbar Abdullah on July 23, 2015 at 10:52 AM said...


Info yang menarik mengenai punca-punca sakit gigi semasa mengandung. Ada juga kaedah-kaedah tertentu yang boleh kita lakukan untuk merawat masalah sakit gigi tanpa berjumpa dengan doktor gigi. Pengambilan supplement tertentu juga dapat membantu untuk melegakan masalah ini.



Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template