Tuesday, December 30, 2014

Akhirnya Pesawat Air Asia QZ8501 Dijumpai

Masih lagi di dalam emosi bersedih akibat kejadian banjir di Pantai Timur, kita sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan Pesawat Air Asia QZ8501 pada pagi 28 Disember. Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 162 orang penumpang yang terdiri daripada 138 orang dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi, dua orang juruterbang dan empat anak kapal.

Warganegara penumpang pesawat ialah 155 dari Indonesia, 3 dari Korea Selatan temasuk seorang bayi, 1dari Malaysia, 1 dari Singapura, 1 dari Perancis dan 1 dari United Kingdom.

Pencarian SAR yang dilakukan sejak Ahad lalu akhirnya terjawab apabila serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo.

Penemuan serpihan pesawat ini turut diikuti dengan penemuan beberapa mayat yang terapung di atas air. Sesungguhnya berita ini pasti amat menyedihkan ahli keluarga dan sanak saudara yang pastinya berharap agar mereka ditemui dalam keadaan yang selamat.

Lokasi Serpihat Pesawat Ditemui: Credit BH online

Doa dan harapan daripada saya, semoga semua keluarga penumpang dan anak kapal tabah dengan dugaan tidak terduga ini.

Salam Takziah

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   
 
2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 
Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Sunday, December 28, 2014

6 Fakta Tentang Rambut Yang Ada Mungkin Tidak Tahu

Salam semua :-)

Jom kita tengok fakta yang unik tentang rambut. 
  • Rambut memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang. Kalau tak percaya jom kita tengok gambar Aaron Aziz ni kan? Bila gaya rambut tersebut sesuai, memang nampak handsome :-)
Jangan marah ye abang Aaron :-)
  • Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.
  • Walaupun rambut hanya kelihatan seperti 1 objek yang sangat halus, ianya mempunyai 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.
  • Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.
  • Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.
  • Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.
  • Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.
Rambut yang sihat dan bersinar memang jadi idaman!

Semua orang terutamanya kaum wanita  pasti mengidamkan rambut yang sihat dan bersinar kan? Jom kita ikuti tips-tips di bawah :-

1. Cuci rambut dengan syampoo yang sesuai sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari sekali. Bagi yang mempunyai rambut berminyak pula, cucilah rambut dengan lebih kerap pada setiap hari atau sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

2. Penggunaan Conditioner juga amat penting bagi penjagaan rambut yang sihat. Syampoo hanya bertindak untuk membersihkan rambut manakala penggunaan Conditioner pula adalah untuk menutup kembali kutikel rambut, memberikan kelembapan dan nutrisi kepada rambut.

3. Selepas rambut dicuci, pastikan rambut  dikeringkan dahulu sekiranya anda memakai tudung. Pakai tudung ketika rambut masih dalam basah akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan juga ia boleh mengakibatkan sakit kepala.

Set Penjagaan Rambut Gugur Shaklee

Set Penjagaan Rambut Gugur Shaklee terdiri daripada Zinx Complex, B Complex, ESP dan Revitalizing Shampoo.

Set Penjagaan Rambut Shaklee

Bagi Penjagaan Rambut yang sihat dan berkekalan pula, gunakanlah Set Penjagaan Rambut Prosante yang selamat dan 100% semulajadi.

Set Penjagaan Rambut Prosante

Ingin Mendapatkan Set Penjagaan Rambut Shaklee?
Jom dapatkan pada harga yang istimewa hari ini ~

Salam Sayang dan Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   
 
2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 
Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Saturday, December 27, 2014

Banjir di Kelantan Semakin Meruncing?

Ketika ini hampir seluruh rakyat Malaysia sedang berdukacita dan turut sama bersedih dengan banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Setiap minit, ada sahaja update atau perkembangan terkini berkaitan banjir yang dikongsikan di media-media sosial termasuk facebook, whatsapp dan juga telegram.

Antara berita yang paling menyayat hati dalam 2-3 hari yang lepas tentulah  kejadian banjir yang berlaku di Kuala Krai apabila ianya hampir menenggelamkan keseluruhan kawasan tersebut termasuklah Hospital Kuala Krai yang dikatakan berada di kawasan yang paling tertinggi.

Stesyen Minyak Kuala Krai

MRSM Kuala Krai

Hospital Kuala Krai
Ini cumalah  sebahagian daripada gambar-gambar yang diambil di lokasi kejadian. Belum lagi gambar-gambar kematian mangsa banjir yang berlaku disebabkan bencana ini. Malah ibu saya sendiri tidak sanggup untuk membeli surat khabar ketika ini kerana tidak sanggup untuk melihat gambar-gambar mangsa banjir yang disiarkan.

Namun masih ada juga insan-insan tidak bertanggunjawab yang terlalu suka dan gemar untuk menyebarkan maklumat atau gambar-gambar palsu berkaitan banjir hingga menimbulkan kepanikan kepada orang ramai. Sangat-sangat tidak bertanggungjawab!!. Andai tidak mampu membantu, janganlah pula kita menyusahkan orang lain dengan cerita-cerita rekaan itu.

Di waktu entry ini ditulis, menurut Berita Harian Online, banjir di Kelantan juga semakin meruncing manakala di Kedah semakin pulih.

Berikut adalah statistik mangsa banjir yang terlibat sehingga jam 9.00 pagi hari ini. Ketika jam 9.00 pagi hanya seramai 55,960 mangsa direkodkan di Kelantan dan jumlah ini telah bertambah menjadi 81,925 pada jam 3.30 petang ini. Ya Allah, satu peningkatan yang sangat mendadak.

Statistik Mangsa Banjir: Credit BH Online

Sama-samalah kita berdoa agar semua yang terlibat sentiasa tabah dalam menghadapi ujian yang tidak terduga ini. Saya dan rakyat Malaysia yang lain akan turut mendoakan dan membantu sedaya yang boleh.

Salam Sayang dan Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 
Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Friday, December 26, 2014

Restoran Mee Tarik Bangi Yang Special

Salam semua :-)

Tengahari semalam saya sekeluarga sempat berkunjung ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Bandar Baru Bangi. Maklumlah pertama kali datang ke sini, jadi agak 'excited untuk mencuba menu mee tarik yang sering diceritakan oleh rakan-rakan.

Gambar restoran dari tempat parking
Restoran ni warnanya memang serba hijau termasuk kerusi dan pakaian pekerjanya, hihi. Kalau nak tau hijau memang warna favourite saya.
Persekitaran Restoran Mee Tarik dan Menu
Walaupun ini kedai mee, ada juga menu nasi seperti nasi goreng dan sebagainya. Kebanyakan menu di sini harganya RM10 ke bawah dan bolehlah dikatakan berpatutan harganya.

Mee Sagat dan Mee Tarik In Making
Part yang paling menarik di sini adalah pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana mee tarik ini disediakan. Arif pun 2-3 kali tengok abang ni menarik mee sepanjang di restoran ini. Selain mee tarik, ada juga mee yang disagat terus dari adunan tepung yang telah diadun. Tapi lupa pula nak tanya nama mee  yang disagat tu.

Berselera sungguh Arif menikmati mee supnya, siap belajar guna chop stick.
Oleh kerana bayi Akmal sedang tidur, jadi saya cuma sempat snap gambar mee Arif sahaja hihi. Mee papa Arif, mee Wan Arif dan nasik goreng saya sendiri tak dapat nak snap.

Bagi yang ingin menikmati keenakan mee di sini, silalah datang ke:-

Mee Tarik Cawangan Bangi
No.3-47-01,Common Area,
Jalan Medan
Pusat Bandar Bangi Sentral
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

p/s: Kalau ditanya pandangan saya tentang restoran ni, mee nye memang sedap. Namun pekerjanya kurang friendly sebab kebanyakannya warga asing. Order pun kita kena isi sendiri dan bagi pada pelayan. Bila hantar makanan, hanya hantar sahaja dan langsung tak cakap apa-apa atau senyum. Entahlah, mungkin dah terbiasa dengan sikap rakyat Malaysia yang suka senyum dan berbudi bahasa :-)

Salam Sayang dan Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 
Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Thursday, December 25, 2014

Resepi Roti Burger Bersalut Telur

Salam semua.

Hari ini kan cuti, jadi teringinlah nak buat breakfast yang lain sedikit. Kat dapur ada roti gardenia, dalam peti ais pula ada burger ayam, jadi bolehlah buat roti burger kan? Seperti biasa, resepi yang saya gunakan sangat simple. Idea cara nak masak ni pun datang tiba-tiba juga, hihi.  :-)

Biasanya burger akan disalut dengan telur dan dimasak, baru dilapiskan dengan roti yang telah dibakar, tapi kali ni saya nak cuba salutkan kesemua bahan-bahan yang dah siap dengan roti dan barulah dibakar sekali lagi.

Bahan-Bahan
1. 6 keping roti putih
2. 3 keping roti burger
3. 2 biji telur - dipukul dadar dan diletak dalam mangkuk yang muat untuk dicelup dengan roti
4. Sedikit timun dan tomato - dipotong nipis
3. Sedikit sos cili, sos tomato dan mayonis

 Cara-Cara
1. Masak burger seperti biasa di atas kuali leper
2. Nipiskan roti dengan cara gelekkan gelas ke atas roti
3. Susun timun dan tomato di atas roti, letakkan sos mengikut citarasa
4. Letakkan burger yang telah dimasak di atas roti, lapiskan dengan sekeping roti lagi
5. Celupkan roti burger di dalam telur
6. Bakar roti burger di atas kuali, terbalikkan untuk dua-dua sisi.
7. Setelah siap, bolehlah dipotong dua dan dimakan :-)

Roti Burger Bersalut Telur
Bolehlah pembaca cuba nanti ye!

Salam Sayang dan Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 
Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Wednesday, December 24, 2014

Identiti Dr R Hot FM Terbongkar Sepenuhnya di Konti ?

Salam semua  ~

Apa khabar pembaca semua? Moga hari ini dan seterusnya akan memberikan kebahagiaan dan keceriaan buat semua :-)

Ada tak yang suka dengar radio? Sebenarnya saya sering juga mendengar Hot FM di waktu pagi. Antara segmen yang menjadi kegemaran saya adalah  Hot AM Crew dan biasanya suasana bertambah ceria dengan kehadiran Dr R di konti pada setiap pagi hari Rabu dan Jumaat setiap minggu.

Memang tersenyum selalu bila dengar celoteh Dr R
Walaupun ramai yang telah mengetahui Dr R ini adalah Datuk Rosyam Nor, namun ada juga yang tidak tahu siapa sebenarnya pemilik suara ini memandangkan beliau sering digambarkan sebagai seorang Doktor yang pakar dalam bidang kaunseling dan soal jawab cinta. Yang bestnya Dr R ni walaupun kelakar, namun jawapan yang diberikan pada setiap soalan memang best dan makan dalam. Beliau juga sering memberikan tips-tips amalan kerohanian yang boleh kita amalkan seperti zikir dan doa-doa bagi menjadikan kehidupan kita lebih gembira dan diberkati.

Pagi tadi, mungkin tanpa disengajakan atau disebabkan gabra salah seorang peserta Pop Crew telah terpanggil beliau sebagai Datuk Rosham ketika bertanyakan soalan. Maka 1 Malaysia telah dengar dan hampir pasti bahawa Dr R itu adalah Rosham Nor. Hihi, nasib lah kan :-)

Dr R di majlis perkhawinan anak perempuannya

Siapa pun beliau, saya tetap sukakan mesej-mesej santai yang disampaikannya. Memang benar bukan mudah untuk menjadi da’I namun adakalanya dalam kesederhanaan itu lebih ramai yang dapat mengikuti mesej-mesej yang disampaikan dengan lebih berkesan, InsyaAllah.

Salam Sayang dan Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 
Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Tuesday, December 23, 2014

Hernia Pada Bayi Mengundang Komplikasi

Salam Semua ~

Pernah dengar tentang Hernia? Dikurniakan 3 orang anak lelaki setakat ini memang membuatkan saya perlu peka dengan keadaan ini. InsyaAllah entry kali ini akan menjurus kepada hernia di kalangan bayi.

Inguinal hernia atau lebih dikenali sebagai angin pasang pada bayi adalah  keadaan di mana usus atau selaputnya terjatuh masuk ke dalam kantung dan kantung tersebut terjulur keluar melalui pembukaan otot dinding perut di bahagian ari-ari. Keadaan ini disebabkan oleh pembukaan pada otot dinding perut  yang dalam kebanyakan masa bukaan ini akan tertutup secara semula jadi sewaktu bayi dilahirkan ataupun dalam tahun pertama kehidupan. 

Bayi mungkin menangis secara kuat dan tiba-tiba tanpa sebab tertentu apabila serangan hernia berlaku

Sumber utama: Portal MyHealth

Hernia pada bayi adalah berbeza dengan kejadian angin pasang di kalangan orang dewasa di mana faktor utamanya disebabkan oleh kelemahan otot dinding perut yang berkaitan dengan peningkatan umur dan masalah-masalah kesihatan lain.

Fakta
  • Inguinal hernia bukan disebabkan oleh gaya pemakanan seseorang ibu mengandung. Ia tidak dapat dikesan sewaktu bayi berada dalam kandungan. 
  • Hernia juga boleh berlaku kepada kanak-kanak perempuan. Walaubagaimanapun kebanyakkannya melibatkan kanak-kanak lelaki.
  • Inguinal hernia adalah sejenis keadaan yang berisiko tinggi  terutamanya bagi bayi-bayi di bawah umur 1 tahun. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi disebabkan oleh usus yang terperangkap di dalam kantung hernia. 
Kenali Tanda-tanda Hernia

Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur bayi lelaki. Keadaan ini bukan disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau anak meneran, menangis atau batuk, tetapi ia akan lebih ketara dalam keadaan tersebut.

Inguinal Hernia

Komplikasi Hernia

Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia, komplikasi utama yang boleh berlaku ialah usus tersumbat. Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa. Pesakit akan mengalami kesakitan perut dan di ari-ari , perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar seperti gambar di bawah. 

Komplikasi Hernia
Segeralah membawa bayi atau anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati  akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap. Sekiranya ini berlaku, pesakit biasanya akan memerlukan rawatan pembedahan secara kecemasan.

Komplikasi lain yang boleh berlaku ialah tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali. Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul bagi bayi-bayi lelaki.

Rawatan Hernia

Memandangkan hernia mudah menyerang bayi lelaki, ibu bapa dinasihatkan peka terhadap keganjilan pada kemaluan anak mereka dan mendapatkan rawatan secepat mungkin bagi mengelak ia menjadi lebih serius.
Ibu bapa juga dinasihatkan jangan mengurut bayi mereka bagi mengurangkan benjolan kerana mengurut boleh memburukkan keadaan kerana ia membabitkan usus. Cara paling selamat ialah melakukan pembedahan kecil yang dikenali sebagai Herniotomy.

Ia adalah sejenis prosedur ringkas yang memerlukan bius dan paling elok dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak. Pesakit perlu berpuasa selama beberapa jam sebelum pembedahan dijalankan. Dalam keadaan biasa, pembedahan Herniotomy biasanya dibuat sebagai prosedur di unit rawatan harian di mana pesakit tidak perlu tinggal di dalam wad untuk semalaman.

Herniotomy melibatkan torehan kecil (biasanya 2-3cm) di bahagian ari-ari yang bermasalah. Prosedur ini biasanya memakan masa 15-30 minit.  Selepas pembedahan ini, pesakit boleh diberi minum dan makan apabila dia sedar dengan sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama. Ibu bapa juga akan diarah untuk mengeluarkan pembalut daripada luka 2 hari selepas pembedahan.

Sekiranya kesan luka tidak begitu elok, merah atau bernanah, pesakit perlu dibawa balik berjumpa dengan doktornya. Biasanya, kanak-kanak yang lebih besar dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti lasak sekurang-kurangnya selama 1-2 bulan sehingga sembuh sepenuhnya.

 Salam Sayang dan Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 
Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Monday, December 22, 2014

Resepi Pengat Pisang Simple + Sedap :-)

Sabtu yang lepas ternampak pisang tanduk yang belum digoreng di dalam peti ais. Tiba-tiba teringin pula nak makan pengat pisang, jadi apa lagi, cepat-cepat hidupkan kereta dan pergi ke kedai seberang jalan untuk membeli santan.

Sebenarnya pengat pisang ni sangat mudah untuk disediakan. Yang penting bahan-bahan asasnya cukup dan pisang pula kenalah ada. Saya suka pengat pisang yang dibuat menggunakan pisang tanduk atau pisang nangka kerana kedua-dua pisang ini rasanya sedikit masam dan bila dimasak dengan santan dan gula, rasanya akan jadi masam-masam manis. Gabungan rasa yang memang menyelerakan :-)

Jom kita tengok resepinya :-)

Bahan-Bahan
1. 1 biji pisang tanduk  dipotong/ dihiris nipis

2. 500ml santan (setengah kilo)
3. 1 senduk gula pasir*
4. 2 senduk gula perang*
5. Sedikit air anggaran 200ml**
6. Sehelai daun pandan - untuk bau yang wangi

Cara-Cara
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Masukkan gula pasir + gula perang ke dalam periuk. Kacau hingga larut
3. Masukkan santan dan tunggu hingga sedikit mendidih. Masukkan daun pandan.

 4. Masukkan pisang dan kacau selalu hingga empuk, anggaran 10-15 minit bergantung pada jenis pisang

5. Siap. Sedia dihidangkan
Nyum Nyum :-)
Selamat Mencuba Tau :-

Nota
  • Kuantiti gula boleh diubah ikut kesesuaian. Kalau suka kurang manis, bolehlah dikurangkan sukatan gula.
  • Kuantiti air juga boleh diubah ikut kesesuaian. Kalau sukakan kuah yang pekat, kurangkan sukatan air.

  • Boleh tambahkan sagu mata ikan jika suka :-)

Salam Sayang dan Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 
Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Sunday, December 21, 2014

Keputihan Vagina ~ Jangan Sampai Ditegur Suami

Masalah Keputihan Yang Berbau? Oh Tidak :-(

Masalah keputihan memang sesuatu yang menggusarkan apatahlagi apabila ianya mengeluarkan bau yang sedikit busuk. Jika kita sebagai wanita sendiri tidak selesa, apatah lagi di pihak lelaki yang kurang faham tentang penjagaan hal ehwal dalaman wanita.

Penjagaan vagina sememangnya perlu dititikberatkan kerana vagina berpotensi menjadi punca untuk penyakit bersarang. Bagi wanita yang hamil pula, masalah di vagina boleh menyebabkan masalah GBS yang sememangnya membahayakan kesihatan bayi di dalam kandungan. Penjagaan vagina yang betul boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit seperti keputihan dan jangkitan kuman.

Tips Penjagaan Vagina

Ketika Period
  • Ganti tuala wanita sekerap mungkin. Darah yang melekat di tuala wanita boleh menyebabkan pembiakan kuman jika dibiarkan terlalu lama
  • Pilih tuala wanita yang sesuai. Elakkan tuala wanita yang mengandungi pewangi kerana bahan kimia di dalamnya boleh menyebabkan kegatalan vagina
Penggunaan Pantiliner
  • Penggunaan pantiliner setiap hari adalah tidak digalakkan kerana ianya boleh menyebabkan jangkitan kulat selain menghalang peredaran udara pada bahagian vagina
  • Sekira perlu juga menggunakan pantiliner, ganti pantiliner setiap kali membuang air kecil dan air besar.

Amalan Harian
  • Bersihkan vagina / bilas dari depan ke belakang untuk mengelakkan kuman dari dubur terbawa ke vagina
  • Jangan biarkan vagina berada dalam keadaan lembab. Setelah buang air, lap vagina dengan tisu sehingga kering
  • Pilih  seluar dalam yang boleh menyerap peluh seperti seluar dalam yang dibuat daripada kain kapas.
  • Ganti seluar dalam sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali terutamanya ketika cuaca panas.
  • Jangan pakai seluar dalam lembab kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan kulat
  • Jangan pakai bedak pada vagina kerana kandungan bedak mudah terselit di vagina dan boleh menggalakkan pertumbuhan kulat di tempat yang sensitif
  • Jemur seluar dalam di tempat yang panas untuk membunuh kuman.
  • Elakkan memakai seluar atau jeans yang terlalu ketat.
  • Hindari stress berlebihan dan amalkan gaya hidup yang sihat di samping mengambil makanan yang seimbang
Pemeriksaan Tahunan
  • Pemeriksaan Pap Smear perlu dilakukan setahun sekali bagi wanita yang telah melahirkan anak atau wanita yang telah berkahwin

  • Lakukan pemeriksaan rutin apabila terdapat jangkitan seperti keputihan dan sebagainya. Jangkitan yang dimaksudkan ialah apabila terjadi perubahan di sekitar vagina, disertai rasa gatal dan terdapat bau yang kurang menyenangkan. 

 Vitamin Untuk Masalah Keputihan

Set Keputihan Shaklee membantu merawat masalah keputihan dengan kesan lain yang sangat mengagumkan :-)

Berikut adalah fungsi dan khasiat Vitamin yang terdapat di dalam Set Keputihan Ini :-)

Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Alfalfa Complex
  • Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Garlic Complex
  • antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, mencegah penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • mencegah alahan - hidung sensitif, sinus, alergi, asthma dan selsema.
  • mempertingkatkan sistem penghadaman - kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.
  • menstabilkan glukos di dalam tubuh
  • menurunkan kolesterol
  • menstabilkan tekanan darah tinggi
GLA Complex
  • Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, memperbaiki bintik penuaan
  • Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
  • Mencegah komplikasi diabetes dengan merendahkan kadar gula di dalam darah.
Baca lebih lanjut tentang Masalah Keputihan Wanita di sini

 Jangan biarkan keputihan mengganggu. Dapatkan Set Keputihan Hari Ini.

 Salam sayang & Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 
-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template