Friday, December 19, 2014

20 Kesalahan Dalam Mendidik Anak-Anak

Salam Semua

Dalam entry yang lepas, saya ada berkongsi cara terbaik untuk menegur dan menasihati anak-anak. Pada kali ini, saya kongsikan pula kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu-bapa yang kadangkala berlaku tanpa disedari di dalam mendidik anak-anak.

Pendidikan Adalah Proses yang Berterusan
Mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah atau boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. Ianya adalah proses yang berterusan kerana anak-anak hanyalah kanak-kanak yang sedang membesar dan belajar. Melakukan kesilapan juga adalah salah satu proses yang akan mereka lalui di dalam proses pembelajaran tersebut.
Mommy, I'm Just A Kid!

Tanpa kita sedari, proses mendidik anak juga sebenarnya dapat mendidik ibu bapa menjadi insan yang lebih cemerlang. Melalui anak-anak juga, kita dapat menilai diri sendiri kerana anak-anak adalah cermin kepada perlakuan dan didikan ibu bapanya.

Dahulu, saya ada seorang sahabat yang sangat mudah merajuk atau mudah terasa hati. Baginya sifat itu adalah sesuatu yang semulajadi dan bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan untuk diubah. Tanpa disedari sifat ini juga menjadi ikutan kepada anaknya yang sulung. Bila melihat anak sulungnya itu sangat mudah merajuk walaupun hanya di dalam perkara-perkara yang kecil, barulah beliau menyedai bahawa sikap itu bukanlah sifat yang baik. Sejak itu sahabat saya ini semakin terbuka dan dapat dapat mengawal emosinya dengan lebih baik.

Di bawah ini saya kongsikan dahulu 10 Kesalahan Dalam Mendidik Anak-Anak yang telah saya pelajari di dalam ceramah motivasi yang dianjurkan oleh Hushim Motivational.

Kurang berdoa dalam proses mendidik anak
Doa adalah senjata orang-orang mukmin. Maka sentiasalah berdoa agar hati anak-anak terbuka untuk menjadi insan yang cemerlang, soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.

Antara Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Anak Yang Soleh: Credit: Young Khalifah


Memperlekehkan kebolehan anak
Jangan sesekali memperlekehkan kebolehan anak atau berkata Kamu ni kecil lagi, tak faham kenapa ayah kata tak boleh. Jadi, ikut sahaja kata-kata ayah. Anak-anak sebenarnya mempunyai keupayaan yang lebih daripada apa yang mampu kita jangkakan. Walaupun masih kecil, anak-anak telah dapat memahami apa yang berlaku walaupun mungkin dengan caranya sendiri. Jadi cara yang terbaik ialah menerangkan kepada anak-anak untuk setiap perkara yang anak ingin ketahui.

Kurang bertegas dalam mendidik anak di mana ibu bapa tidak membahagikan masa dengan betul. Kanak-kanak memang suka bermain, namun perlu ada pembahagian masa untuk mereka. Sebagai contoh tetapkan waktu solat, waktu tengok TV, waktu bermain, waktu makan, waktu belajar, waktu mengemas dan sebagainya. Dengan didikan yang betul, anak-anak akan mula memahami tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan bersesuaian dengan waktu yang ditetapkan. 

Kurang pandai menjadi kawan kepada anak-anak
Menjadi sahabat kepada anak-anak tidak bermakna kita kurang tegas atau memanjakan mereka. Berikan perhatian kepada anak-anak apabila mereka bercerita dan jadilah pendengar yang setia. Jika tidak, anak-anak kita mungkin tidak akan berbicara lagi kepada kita tentang masalah mereka sebaliknya menjadikan rakan sebaya sebagai tempat utama mereka untuk berkongsi segala cerita.



Lebih banyak memberi belaian negatif berbanding belaian positif
Perkara ini telah saya kongsikan secara jelas di dalam entry yang lepas. Secara ringkasnya kita lebih banyak mengkritik anak apabila anak melakukan kesilapan berbanding teguran atau pujian yang boleh membina mindanya.


Lukisan Anak
Lihat sahaja lukisan ini. Belaian negatif mungkin sahaja akan berbunyi: Kenapa gambar rumah ni tiada tingkap atau kenapa teruk sangat lukisan anak ayah ni?
Belaian positif: Pandainya anak ayah melukis. Lagi cantik kalau  rumah ni nanti ada tingkap di depannya. Macam rumah kita ni.

Pendidikan anak-anak yang tidak seimbang.
Setiap ibu bapa ingin anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya. Tidak salah untuk menghantar anak-anak ke kelas-kelas tertentu untuk mempelajari pelbagai perkara namun pastikan segalanya adalah seimbang di antara intelektual, fizikal, kerohanian dan pengalaman (IQ & EQ). Pastikan juga ianya sesuai dengan kemampuan anak-anak kita. Jadikan zaman kanak-kanak anak-anak kita sesuatu yang menggembirakan dan indah untuk dikenang. 


Kurang menggalakkan perbincangan di dalam membuat keputusan
Seperti di nombor 2 tadi, kebanyakan ibu bapa kurang menggalakkan perbincangan ketika membuat keputusan dengan anggapan anak-anak mungkin tidak memahami perkara tersebut. Perkara terbaik adalah galakkan anak-anak untuk memberikan cadangan bagi meningkatkan keyakinan mereka. Anak –anak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan lebih mudah memahami dan mempelajari tentang perkara-perkarayang berlaku di persekitaran mereka.

Menunjukkan perselisihan di hadapan anak-anak
Kehidupan berumahtangga tidak selalunya indah dan manis sepenuhnya. Adakala, pasangan mungkin akan bertengkar disebabkan oleh sesuatu perkara kecil. Namun jangan sesekali bertengkar atau bermasam muka di hadapan anak-anak. Ianya hanya akan membuatkan anak bersedih dan berasa rendah diri.

Kurang mengasuh anak membuat kerja-kerja rumah
Sejak kecil, libatkan anak-anak dalam membuat kerja rumah bersesuaian dengan kemampuan mereka. Anak-anak yang masih kecil mungkin boleh diajar untuk mengemaskan barang mainannya setelah bermain. Anak yang lebih besar pula boleh diajar untuk mengemaskan biliknya sendiri, membasuh kasut atau sesekali galakkan mereka menyertai aktiviti luar yang menyeronokkan seperti berkebun atau membasuh kereta di hujung minggu.

Mungkir janji terhadap anak-anak.
Mungkir janji adalah perkara yang sering dilakukan oleh ibu bapa. Walaupun mungkin anak-anak tidak menyatakan ketidakpuasan hati mereka apabila kita mungkir janji, namun mereka akan mempelajari bahawa janji itu boleh dimungkiri. Sebaik mungkin, tunaikanlah apabila kita telah berjanji. Jika tidak mampu untuk menunaikannya, mintalah maaf kepada anak dan terangkan mengapa kita tidak dapat menunaikan janji itu pada masa tersebut.

Moga-moga entry ini bermanfaat untuk kita semua dan mampu menjadikan kita ibu bapa yang lebih cemerlang. InsyaAllah, dalam entry yang lain, saya akan kongsikan 10 lagi kesilapan yang biasa kita lakukan ketika mendidik anak-anak tanpa disedari.


Salam sayang & Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

14 comments:

cheezylady on December 19, 2014 at 12:17 PM said...

Betul tu, kebanyakan ibu bapa yg kurang ilmu mmg melakukan kesalahan2 di ats... Semoga kita dapat memberikan didikan yg terbaik utk anak2 kita.. amin...

alyaa aidee on December 19, 2014 at 12:44 PM said...

Anak makin besar makin mencabar. Apa-apa pun semua bermula dari rumah. Mula dari kita dulu tunjukkan yang baik.

asma el Kareem on December 19, 2014 at 1:11 PM said...

ada juga buat silap..terima kasih atas perkongsian..kena semak semula ni


Peluang Perniagaan Dibuka

Syira Masyiramaro on December 19, 2014 at 1:14 PM said...

Semoga kita sama2 lengkapkan dan mantapkan lg ilmu keibubapaan..

Nik Azimah Awg Hamat on December 19, 2014 at 2:07 PM said...

perkongsian yang bermanfaat....anak-anak terbentuk akhlaknya hasil daripada didikan ibubapa...semoga kita menjadi ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak

KURUS, SLIM DAN KEMPIS PERUT

nila anggraini on December 19, 2014 at 8:58 PM said...

Semoga kita boleh bagi yang terbaik untuk kanak-kanak kita agar membesar dengan baik. Sebagai orang tua kita harus peka terhadap masalah kanak-kanak. Terima kasih atas informasi yg bermanfaat sekali.

nurulhuda sobari on December 20, 2014 at 8:23 AM said...

Harap2 dapat membantu kita semua dalam mendidik anak2 anak2 utk jd yg lebih baik, soleh n solehah.aamiinn...

JommSihatDanCantik -> TAK GAMAK NAK TENGOK

Niny fariza on December 20, 2014 at 2:03 PM said...

info yang berguna untuk ibubapa dan juga bakal ibubapa..insya allah boleh diamalkan..

3 Langkah Untuk Kurus

Kamalia Lee on December 20, 2014 at 9:29 PM said...

parenting is a life long learning huhuh j=apa yagn saya rasa, ianya lebih banyak mendidik saya berbanding anak-anak, sebab anak-anak lebih banyak mengikut teladan berbanding cakap-cakap kita hehe

Ila Fyra on December 22, 2014 at 8:42 AM said...

Sama-sama Asma. InsyaAllah kita sama-sama amalkan mana yang terbaik, Amin!

Ila Fyra on December 22, 2014 at 8:46 AM said...

Betul kan sis, bila anak makin besar, cara didikan pun mungkin dah berbeza. Mereka akan lebih banyak bertanya dan akan terus bertanya selagi jawapan yang diberi tidak memuaskan hati mereka.

Ila Fyra on December 22, 2014 at 8:46 AM said...

Amin :-)

Ila Fyra on December 22, 2014 at 8:48 AM said...

Betul kamalia, sebab itu ada pepatah yang mengatakan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kan. Ibu bapa adalah guru terbaik anak-anak, sebab tu jangan terkejut jika anak-anak akan meniru hampir semua perbuatan kita.

kecik sangat on December 26, 2014 at 11:48 AM said...

kalau geram + penat bekerja. adakalnya xingt semua nie... dah lepas marah2 baru tersentak... dan kembali pujuk anak..

mrskeciksangat.blogspot.com

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template