Sunday, December 7, 2014

Atasi Bengkak Kaki Yang Memang Nampak Debab Semasa Hamil

Salam semua :-)

Semalam saya berjumpa dengan rakan lama yang sedang hamil. Rakan saya ni memang kurus orangnya tapi kehamilan kali ini membuatkan kaki beliau kelihatan sembab dan debab. Katanya tidak selesa juga malah cik Nurse juga memang akan selalu memeriksa kakinya setiap kali lawatan dibuat ke Klinik Kesihatan. Sempatlah beliau bertanya sama ada saya juga mengalami pengalaman yang sama semasa hamil dahulu. Tiga kali mengandung, hanya kehamilan ketiga yang membuatkan kaki saya kelihatan sembab, namun tidaklah sebengkak kaki sahabat saya itu.

Bengkak kaki semasa hamil memang tidak menyelesakan

Penyebab Buku Lali dan Kaki Bengkak 
(Sumber asal: Baby Center)

Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (edema) berlaku dalam kehamilan kerana badan  menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa. Apabila bayi semakin membesar, uterus akan memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis.Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Kebengkakan ini mungkin lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Adakah Edema Normal?
Eedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Dikatakan hampir  50 - 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor dengan segera. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.

Tips Atasi Edema
Ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air dan sodium sebagai cara untuk membuang cecair dari dalam badan tidak sesuai diambil semasa hamil. Sebaliknya, gunalah kaedah-kaedah berikut untuk mengawal kebengkakan.



  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali.

  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, minta bantuan suami  atau keluarga terdekat untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.


Walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Seperti juga kesan sampingan kehamilan yang lain, ia akan hilang sejurus anda melahirkan bayi.


Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Ibu Yang Ada Masalah Bengkak Kaki


Ibu-ibu yang mengalami masalah ini boleh mengambil Ostematrix (kalsium yang mengandungi Vitamin D dan Magnesium) dan juga B Complex yang mengandungi vitamin B1, B5 dan B6.


Ostematrix Shaklee mengandungi magnesium. Magnesium ini merupakan mineral yang wajib diambil untuk mengelakkan masalah bengkak kaki terjadi.

Magnesium bertindak dengan menyeimbangkan reaksi biokimia di dalam badan dan amat berkesan untuk membantu menghalang lebihan air berkumpul pada sel. 


B Complex Shaklee pula mengandungi Vitamin B1, B5 dan B6 yang boleh membantu menghalang pengumpulan air, membuang garam lebihan di dalam badan dan menyeimbangkan semula hormon.


Salam sayang & Jumpa Lagi


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!
 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

19 comments:

Kamalia Lee on December 7, 2014 at 10:57 PM said...

yahh ostematrix the best..bukan saja sembab kaki, tapi juga cegah cramp kaki time pregnant

nila anggraini on December 8, 2014 at 8:22 AM said...

Dulunmasa saya alami kaki bengkak ni..mujur ada ostematrix dan b complex yang mengatasinya..alhamdulillah kaki yg bengkak berangsur surut. Berayukur sangat ambik vitamin shaklee.

Adakah Anda Salah Satu Daripada Mereka Yang Perlukan Vitamin C

Niny fariza on December 8, 2014 at 1:46 PM said...

stress gak lau keadaan ini berlaku terutama bila nak due..

Makanan Nyahtoksin

ummu hasni on December 8, 2014 at 1:53 PM said...

Belum pernah lagi alami kaki bengkak yang teruk setakat ni. Mujurlah sebab kaki saya pun memang jenis lebar (gen). Kalau bengkak lagi, sah2 macam kaki gajah daaa...haha

Jom tengok Promosi Berganda Shaklee untuk Disember 2014

Syira Masyiramaro on December 8, 2014 at 2:01 PM said...

Info baru untuk sy yg plan utk mengandung secepat mungkin..

Zoe Abigail Adamant on December 8, 2014 at 3:12 PM said...

Info terbaru..ingatkan hanya disebabkan berat berlebihan.silap rupanya hihi

pengedar sah Shaklee kawasan Bintulu Sarawak

Nik Azimah Awg Hamat on December 8, 2014 at 3:27 PM said...

mengandungkan anak ketiga kaki tidakla sebengkak anak pertama dan kedua kerana masa itu sudah kenal akan shaklee...memang amalkan set hamil shaklee

HENTIKAN PEMBUNUHAN DENGAN VIVIX SHAKLEE

sicomel ayatulhusna on December 8, 2014 at 3:32 PM said...

Saya hamil tiga orang anak alhamdulillah kaki tak lah bengkak sangat, sebab memang kurang berjalan, banyak berehat je.

tips tegangkan kulit wajah

Ila Fyra on December 8, 2014 at 4:34 PM said...

Set Hamil Shaklee memang ada Ostematrix dan B Complex kan, vitamin yang memang disyorkan untuk masalah edema ini.

Ila Fyra on December 8, 2014 at 4:35 PM said...

Hihi, kan Zoe. Maklumlah ibu mengandung ni serba serbi berubah. Dah berdua la katakan.

Ila Fyra on December 8, 2014 at 4:37 PM said...

Ye lah kan, nasib baik masalah ni hilang bila bayi dah dilahirkan.

Ila Fyra on December 8, 2014 at 4:38 PM said...

Betul-betul. Ostematrix memang wajib ambil untuk cegah cramp kaki @ simpul biawak tu.

Ila Fyra on December 8, 2014 at 4:39 PM said...

Moga berjaya Shira ♡

Nursimatun Md Yusof on December 8, 2014 at 11:57 PM said...

Dulu masa hamil, nurse selalu tanye kaki ade sembab ke tak. tapi alhamdulillah semuanya ok...

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Jerawat Yang Kronik Sehinggakan Muka Kelihatan Seperti Permukaan Bulan

alyaa aidee on December 9, 2014 at 8:41 AM said...

Bengkak kaki ketika hamil memanng mengerikan. Susah nak berjalan bagai tak pijak di tanah.

nurulhuda sobari on December 9, 2014 at 8:45 AM said...

tak pernah lagi bengkak kaki masa negandungkan aak dulu. .alhambulillah..

JommSihatDanCantik -> VITAMIN E LEBIH SEMPURNA DENGAN EKSTRAK BIJI ANGGUR??

Syai Nadia on December 9, 2014 at 11:24 AM said...

Alhamdulillah saya tidak mengalami gejala ini sepanjang 2x kehamilan ni. Mungkin sebab saya amalkan senaman jugak n wajib minum susu hehe

asma el Kareem on December 10, 2014 at 3:44 PM said...

Alhamdulillah masa hamil dulu pun tiada masalah bengkak kaki
Blog Giveaway Contest

kecik sangat on December 11, 2014 at 6:30 PM said...

Alhamdulillah semasa hamil dulu, kaki saya tidak bengkak,walaupun badan saya kurus,, peranan suami juga penting... setiap mlm suami urut kaki saya... tq en hubby

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template