Tuesday, December 23, 2014

Hernia Pada Bayi Mengundang Komplikasi

Salam Semua ~

Pernah dengar tentang Hernia? Dikurniakan 3 orang anak lelaki setakat ini memang membuatkan saya perlu peka dengan keadaan ini. InsyaAllah entry kali ini akan menjurus kepada hernia di kalangan bayi.

Inguinal hernia atau lebih dikenali sebagai angin pasang pada bayi adalah  keadaan di mana usus atau selaputnya terjatuh masuk ke dalam kantung dan kantung tersebut terjulur keluar melalui pembukaan otot dinding perut di bahagian ari-ari. Keadaan ini disebabkan oleh pembukaan pada otot dinding perut  yang dalam kebanyakan masa bukaan ini akan tertutup secara semula jadi sewaktu bayi dilahirkan ataupun dalam tahun pertama kehidupan. 


Bayi mungkin menangis secara kuat dan tiba-tiba tanpa sebab tertentu apabila serangan hernia berlaku


Sumber utama: Portal MyHealth

Hernia pada bayi adalah berbeza dengan kejadian angin pasang di kalangan orang dewasa di mana faktor utamanya disebabkan oleh kelemahan otot dinding perut yang berkaitan dengan peningkatan umur dan masalah-masalah kesihatan lain.


Fakta
  • Inguinal hernia bukan disebabkan oleh gaya pemakanan seseorang ibu mengandung. Ia tidak dapat dikesan sewaktu bayi berada dalam kandungan. 
  • Hernia juga boleh berlaku kepada kanak-kanak perempuan. Walaubagaimanapun kebanyakkannya melibatkan kanak-kanak lelaki.
  • Inguinal hernia adalah sejenis keadaan yang berisiko tinggi  terutamanya bagi bayi-bayi di bawah umur 1 tahun. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi disebabkan oleh usus yang terperangkap di dalam kantung hernia. 
Kenali Tanda-tanda Hernia

Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur bayi lelaki. Keadaan ini bukan disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau anak meneran, menangis atau batuk, tetapi ia akan lebih ketara dalam keadaan tersebut.

Inguinal Hernia



Komplikasi Hernia

Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia, komplikasi utama yang boleh berlaku ialah usus tersumbat. Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa. Pesakit akan mengalami kesakitan perut dan di ari-ari , perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar seperti gambar di bawah. 

Komplikasi Hernia
Segeralah membawa bayi atau anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati  akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap. Sekiranya ini berlaku, pesakit biasanya akan memerlukan rawatan pembedahan secara kecemasan.

Komplikasi lain yang boleh berlaku ialah tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali. Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul bagi bayi-bayi lelaki.

Rawatan Hernia

Memandangkan hernia mudah menyerang bayi lelaki, ibu bapa dinasihatkan peka terhadap keganjilan pada kemaluan anak mereka dan mendapatkan rawatan secepat mungkin bagi mengelak ia menjadi lebih serius.
Ibu bapa juga dinasihatkan jangan mengurut bayi mereka bagi mengurangkan benjolan kerana mengurut boleh memburukkan keadaan kerana ia membabitkan usus. Cara paling selamat ialah melakukan pembedahan kecil yang dikenali sebagai Herniotomy.

Ia adalah sejenis prosedur ringkas yang memerlukan bius dan paling elok dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak. Pesakit perlu berpuasa selama beberapa jam sebelum pembedahan dijalankan. Dalam keadaan biasa, pembedahan Herniotomy biasanya dibuat sebagai prosedur di unit rawatan harian di mana pesakit tidak perlu tinggal di dalam wad untuk semalaman.

Herniotomy melibatkan torehan kecil (biasanya 2-3cm) di bahagian ari-ari yang bermasalah. Prosedur ini biasanya memakan masa 15-30 minit.  Selepas pembedahan ini, pesakit boleh diberi minum dan makan apabila dia sedar dengan sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama. Ibu bapa juga akan diarah untuk mengeluarkan pembalut daripada luka 2 hari selepas pembedahan.


Sekiranya kesan luka tidak begitu elok, merah atau bernanah, pesakit perlu dibawa balik berjumpa dengan doktornya. Biasanya, kanak-kanak yang lebih besar dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti lasak sekurang-kurangnya selama 1-2 bulan sehingga sembuh sepenuhnya.

 Salam Sayang dan Jumpa Lagi



Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

13 comments:

teh ramuan on December 23, 2014 at 2:35 PM said...

kesiannya
pasti sakit sangat

Nik Azidah on December 23, 2014 at 7:09 PM said...

Kesian kan kalau baby kena angin pasang ni...thanks sis for sharing :)

Ila Fyra on December 23, 2014 at 9:13 PM said...

Anak yang ke dua tu ada kena tuan. Memang menangis kesakitan yang amat. Ni dalam proses berjumpa pakar.

Kamalia Lee on December 24, 2014 at 12:16 AM said...

Thanks for sis..info berguna utk ibu yg ada anak dgn hernia.. Jgn tunggu hingga melarat,jumpa doktor dgn segera

nila anggraini on December 24, 2014 at 5:04 AM said...

Terim kasih atas informasi Illa...saya ada sepupu yang juga mengalami masalah yang sama, dan melakukan pembedahan. Alhamdulillah sekarang beliau sudah pun mendirikan rumah tangga dan dikaruniakan 2 orang anak. Harap anak Illa segera pulih dan sihat seperti kanak-kanak lain.

Penyusuan Susu Ibu Begitu Istimewa Bagi Ibu Dan Bayi

Ila Fyra on December 24, 2014 at 6:29 AM said...

Betul tu Lia. Kadang-kadang ada ibu bapa yang fikir faktor masa boleh menjadi pengubat namun risikonya amat tinggi jika dibiarkan tanpa rawatan yang betul

Ila Fyra on December 24, 2014 at 6:30 AM said...

Sama-sama dear :-)

Syira Masyiramaro on December 24, 2014 at 10:36 AM said...

Hernia mmg jarang2 ada info pasal ni..sekurang2nya kita dapat kesan hernia pd peringkat awal dengan membaca

nurulhuda sobari on December 24, 2014 at 1:23 PM said...

ala kesiannya kalau baby kecik tu kena hernia.tq for sharing

JommSihatDanCantik -> VITAMIN PENGGALAK SUSU

sicomel ayatulhusna on December 24, 2014 at 2:42 PM said...

Sebagai ibu bapa kita perlu tahu semua yang berkaitan dengan masalah kesihatan anak...Info yang sangat baik...tq ila

buang masalah angin dengan peppermint ginger plus

Nursimatun Md Yusof on December 24, 2014 at 3:09 PM said...

Kesiannya tgk gambar tu... tak sampai hati... mesti sakit sangat kan..

5 Sebab Utama Mengapa Perlu Turunkan Berat Badan Dengan Segera Supaya Tidak Mendapat Masalah Kesihatan lain Yang Lebih Serius!

Niny fariza on December 24, 2014 at 6:26 PM said...

kesian snagt kalu tengok bayi yang hadapi masalh ini..

Resepi Air Detox

kecik sangat on December 26, 2014 at 11:42 AM said...

anak dila juga mengalaminya. wahal semasa berpantang,hari2 dila tuam buah anak untuk mengelakkan masalah ini berlaku. tetapi semua dtg dari Allah.. kena juga angin pasang. dila bawak anak ke rawaan orang kmpg.kalau bawa ke hspital,cnfrm2 kena opret. Dila amalkan tuam buah anak dengan daun kecubung. Buah kecubung pula dikeringkan dan masak dengan minyak masak untuk di buat minyak. Hari2 sapu di buah anak.. alhamdulillah buah semakin kecut,. dan masih menerima rawatan org kmpg.

mrskeciksangat.blogspot.com

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template