Sunday, December 7, 2014

12 Tanda Awal Kehamilan :-)

Salam pembaca semua :-)

Bagi pasangan yang telah lama berumahtangga, pastinya tidak sabar-sabar untuk menimang cahayamata. Maklumlah kehadiran anak-anak sememangnya satu anugerah berharga dan bakal menyerikan lagi rumahtangga yang dibina.


Bagi yang telah merancang untuk mendapatkan anak, bahagian yang paling mendebarkan ialah  perasaan anda sendiri. 'Hamil ke tidak ni"? Positif ke Tidak?


Bagaimana ingin mengetahui bahawa diri anda telah pun mengandung? Jom kita tengok tanda-tanda awal kehamilan ini.

Munculnya pendarahan yang ringan
Ini adalah tanda paling awal yang boleh dikesan. Darah ini dipanggil pendarahan implantasi dan biasanya muncul sebelum tarikh period sebenar yang akan datang. Darah ini hadir kira-kira 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi iaitu sekitar 7-10 hari sebelum tarikh period yang sebenar.   
Pendarahan ringan ini berlaku disebabkan oleh implantasi atau pelekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus. Pendarahan ini adalah ringan dan  biasanya berlaku selama satu atau dua hari.

Kerap Membuang Air Kecil
Sebaik sahaja embrio mula melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati bahawa anda makin kerap ke tandas berbanding biasa. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir di dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Payudara Melembut dan Membengkak
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

Keletihan
Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan bakal ibu  berasa letih seperti baru selesai berlari walaupun dengan hanya menjalankan rutin harian yang biasa seperti bekerja di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.




Perubahan Pada Deria Rasa
Anda mungkin mengalami  perubahan pada deria rasa atau lebih sensitif terhadap bau. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat menahan bau kopi, teh atau makanan lain yang biasanya mereka suka. Ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda.


Mengidam
Mengidam juga merupakan tanda-tanda awal kehamilan. Perubahan pada deria rasa yang disebabkan oleh perubahan hormon mungkin membuatkan anda tiba-tiba ingin menikmati sesuatu yang jarang  atau tidak disukai sebelum ini.


Mual  atau Muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling kerap dialami oleh wanita hamil. Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. Tetapi bagi yang lain, mabuk hamil ini telah pun dirasai seawal dua hari selepas persenyawaan di mana anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pada waktu pagi, petang atau malam.

Sakit punggung atau Kejang (Cramp)
Sakit punggung atau kekejangan akan dirasakan di saat awal kehamilan dan mungkin berterusan sehingga akhir kehamilan. Ini kerana rahim  akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda. 

Peningkatan Suhu Badan
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat daripada biasa. Keadaan ini biasanya berterusan hingga ke hujung kehamilan

Pengsan
Ibu hamil juga boleh pengsan sekiranya kadar jumlah gula di tubuh adalah rendah. Oleh yang demikian, pastikan anda makan dengan seimbang dan minum air masak secukupnya agar badan  mempunyai bendalir tubuh yang mencukupi.

Tidak datang period
Ini adalah tanda yang biasanya cukup digemari oleh mereka yang sememangnya menunggu untuk hamil. Sekiranya period anda sememangnya teratur dan anda telah melepati tarikh haid yang sepatutnya, segeralah membuat ujian kehamilan menggunakan kit kehamilan yang boleh dibeli di pasaraya atau farmasi.


Jangan bersedih sekiranya ujian tersebut negatif, lakukanlah ujian beberapa hari lagi untuk hasil yang lebih tepat. Ini kerana kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan hanya selepas beberapa hari selepas kelewatan haid.

Hasil Positif di Kit Kehamilan
Jika hasilnya positif, tahniah kerana anda telah pun benar-benar hamil. Doa saya agar kehamilan anda selamat hingga ke penghujungnya.
 

 Tempuhi kehamilan dengan hati yang tabah dan menggembirakan walaupun mungkin terdapat sedikit masalah semasa kehamilan tersebut. Baca lebih lanjut tentang Tips Penjagaan Ibu Hamil di sini.

Salam sayang & Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!
 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

15 comments:

Syai Nadia on December 7, 2014 at 8:05 AM said...

Mengimbau kenangan pengalaman hamil buat rasa nak buang implan ni sekarang. Alhamdulillah,saya tidak mengalami morning sickness selama 2x hamil.

Zoe Abigail Adamant on December 7, 2014 at 8:46 AM said...

Zoe tak mengalami alahan sepanjang hamil anak pertama, tapi anak kedua zoe tak suka dekat dengan suami.tak suka bau minyak wangi nya,lepas mand pun tak suka,hehe pelik sungguh.tapi lepas bersalin baru bagi tau suami.hihi takut juga la kan..kot- kot dia kecil hati nanti


anda penghidap Resdung/sinus?

cheezylady on December 7, 2014 at 10:28 AM said...

Teringat Kak tun pengalaman kehamilan yg pertama.. Badan terasa seram sejuk, suka tidur je lepas balik keje.. rindu pengalaman tu.. :)

Kamalia Lee on December 7, 2014 at 2:17 PM said...

badan saya mmg sensitif dengan apa2 perubahan...setiap kali pregnant akan alami semua tanda tu..bila keluar tanda tu cepat2 check UPT

Syira Masyiramaro on December 7, 2014 at 3:06 PM said...

Belum berkesempatan nak beli alat uji kehamilan..period sy konsisten sejak kahwin:')

sicomel ayatulhusna on December 7, 2014 at 4:48 PM said...

Ingat masa hamil anak bongsu 3 tahun lepas...tak tahu pun yang diri ni hamil...setiap kali pergi makan kat luar mesti order air yang masam...suka makan benda yang masam...bila keluar segala bagai masa makan baru tahu yang diri ni hamil.

manfaat vitamin c yang harus di ketahui umum

Nik Azimah Awg Hamat on December 7, 2014 at 4:51 PM said...

Indahnya saat mengandung lebih2 lg mengandungkan ank pertama....

ATASI MASALAH KEDINGINAN SUAMI ISTERI

Niny fariza on December 7, 2014 at 6:15 PM said...

Kalau saya lewat period..

Masker Muka

Nabilla illa on December 7, 2014 at 7:13 PM said...

Bagus info ni..

alyaa aidee on December 7, 2014 at 9:10 PM said...

Lain orang lain tanda kan. Saya tahu pun sbb lambat datang period. Alah memang tiada. Alhamdulillah :)

nila anggraini on December 7, 2014 at 11:27 PM said...

Bahagia nya masa awal kehamilan. Teringat masa hamil dahulu yang mempunyai tanda -tanda kehamilan yg pelik juga.

Walau bagaimana pun sy bersyukur sebab adanya pengalaman berharga ini.

Adakah Anda Salah Seorang Dari Mereka Yang Perlukan Vitamin C

asma el Kareem on December 8, 2014 at 3:26 AM said...

Keempat-empat kehamilan saya boleh dijangka..sebab ada instinct
Blog Giveaway Contest

nurulhuda sobari on December 8, 2014 at 7:46 AM said...

Selalunya dah masuk sebulan dua baru perasan yg diri nie hamil..

JommSihatDanCantik -> CARA TERBAIK NAK BELI VITAMIN C

ummu hasni on December 8, 2014 at 4:11 PM said...

Kerap kencing tu memang petanda awal yang saya selalu alami. Bukan awal je, waktu hamil tu pun asyik nak kencing je kan, pantang lebih minum..huhu...dugaan sungguh

Jom tengok Promosi Berganda Shaklee untuk Disember 2014

kecik sangat on December 11, 2014 at 6:36 PM said...

Terkenang kembali kisah lama... mabuk..mual..muntah.. kencing kotor... keputihan teruk... itu lah yg sya alami semasa awal kehamilan...

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template