Friday, December 5, 2014

Mengapa Ibu Mengandung Mudah Dijangkiti Selsema dan Batuk? Panduan Penjagaan Kesihatan Ibu Hamil

Salam semua ~

Sihat dan cergas ketika hamil sememangnya menjadi impian setiap wanita terutama ibu-ibu yang berkerjaya. Apatah lagi, wanita hamil bukan lagi sendirian, sebaliknya mereka kini berdua bersama bayi di dalam kandungan. Walaubagaimanapun memang terdapat keadaan di mana ibu-ibu hamil mudah sahaja jatuh sakit atau kurang sihat ketika hamil. Justeru, mereka perlu menjaga kesihatan agar diri sendiri dan bayi yang dikandung sihat sepanjang kehamilan


Sihat Ketika Hamil Kunci Kepada Kehamilan Yang Menggembirakan

Masih teringat lagi saya dengan kata-kata Pakar O&G Hospital Kajang semasa saya melahirkan bayi Akmal ‘Apabila hamil, tubuh ibu sangat lemah dan fragile, jika sekarang ibu mempunyai 1 masalah semasa mengandung, masalah yang sama boleh berulang dan mungkin bertambah di kehamilan yang akan datang berdasarkan faktor usia’.

Wah, memang menakutkan juga bila dengar kan? Namun itulah kebenarannya. Oleh yang demikian, wanita hamil atau wanita yang ingin hamil semula memang perlu memastikan badan mereka sihat dan cergas agar tidak timbul sebarang masalah atau komplikasi kepada bayi di dalam kandungan. 

Mengapa wanita hamil mudah diserang penyakit?
Wanita yang hamil mempunyai daya tahan (imun) yang rendah disebabkan oleh perubahan fisiologi. Ini menyebabkan mereka mudah diserang penyakit seperti selsema dan batuk mahupun jangkitan bakteria atau virus yang lain. Lebih teruk lagi kerana ibu hamil tidak dibenarkan mengambil sebarangan ubat seperti di waktu tidak hamil kerana ianya boleh membahayakan bayi di dalam kandungan.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Healthline.com,  imun sistem ibu hamil menjadi rendah bagi memastikan tubuh wanita menerima kehadiran bayi yang sedang dikandungnya.

(Sumber asal: http://www.healthline.com/health/pregnancy/infections#EffectsonImmunity3)



Semasa berada di dalam kandungan, bayi telah pun memiliki sebahagian daripada DNA ayahnya. Ini membuatkan tubuh ibu menganggap bayi yang dikandungnya sebagai ‘benda asing’. Oleh yang demikian, sistem pertahanan badan ibu akan berubah agar tidak membahayakan bayi dalam kandungan dan menerima bayi ini sebagai sebahagian daripada dirinya. Perubahan-perubahan yang dialami oleh bakal ibu ini termasuklah :
  • Peningkatan penghasilan macrophages, sel yang berfungsi untuk melawan jangkitan bakteria. Walaubagaimanapun ia tidak dapat memberi jaminan untuk melindungi tubuh ibu sepenuhnya.
  • Pengurangan aktiviti sel Natural Killer (NK). Sel NK ialah penghapus semula jadi sel darah putih bagi sel-sel yang telah dijangkiti virus atau tumor.
  • Pengurangan aktiviti sel T. Sel T merupakan sel yang membantu mengawal jangkitan yang disebabkan oleh virus.
  • Pengurangan penghasilan cytokines, sejenis protein yang dilepaskan oleh sel imun untuk membolehkan sel-sel lain melawan jangkitan.
Pengurangan aktiviti Sel NK, Setl T dan Cytokines ini akan menyebabkan ibu hamil mudah terdedah kepada jangkitan terutamanya jangkitan yang disebabkan oleh Virus. Selain itu daya tahan wanita hamil juga akan lebih rendah disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran lain seperti;-
  • perubahan cuaca yang tidak stabil, terlalu panas dan terlalu sejuk seperti yang sering berlaku di negara kita
  • terdedah kepada ramai orang yang tidak sihat ketika di tempat kerja atau di tempat awam.
  • mengamalkan pemakanan dan gaya hidup kurang sihat .
  • kekurangan nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu-ibu Hamil.

Tips Penjagaan Kesihatan Ibu Hamil
  • Dapatkan rehat yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari
  • Elakkan melakukan pekerjaan berat seperti mengangkat perabot dan sebagainya
  • Bersenam ringan
  • Sentiasa bersikap positif dan hindari tekanan.
  • Bagi yang beragama Islam, lakukan amalan kerohanian seperti berzikir, mengaji dan melakukan solat sunat.
  • Ambil makanan lengkap yang disarankan untuk ibu hamil. Pengambilan vitamin tambahan juga sangat dititikberatkan oleh Doktor bagi memastikan bayi yang dikandung mendapat nutrisi yang secukupnya untuk pembesaran. 
Pengambilan Nutrisi Yang Amat Penting Untuk Ibu Hamil
  • Dapatkan bantuan dan sokongan daripada keluarga terdekat agar anda kekal selesa, aktif dan cergas di sepanjang kehamilan.

Mudah-mudahan kehamilan pembaca semua sihat dan menggembirakan. Baca lebih lanjut tentang Set Kehamilan Shaklee di sini. Baca juga tentang Tips Atasi Morning Sickness.


Salam sayang & Jumpa Lagi



Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!
 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

17 comments:

Ila Fyra on December 5, 2014 at 11:28 AM said...

Memang seksa rasanya bila diserang batuk dan selsema ketika hamil. Pembaca juga boleh amalkan pemakanan madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon untuk membantu masalah ini.

Nik Azimah Awg Hamat on December 5, 2014 at 1:26 PM said...

alhamdulillah semasa mengandungkan anak2 kesihatan tidak banyak terjejas...

PERLUKAH MENGAMBIL VITAMIN C SHAKLEE?

Syira Masyiramaro on December 5, 2014 at 2:41 PM said...

Now i know..takde pengalaman.tp bila dapat baca info mcm ni,baru terbuka sedikit minda

ida rusyeela on December 5, 2014 at 6:00 PM said...

jgn abaikan kesihatan sehingga x cukup vitamin...bahaya kandungan tau.

Salah 1 kebaikan vitamin c ialah untuk bantu masalah gusi berdarah..best kan vitamin c ni

Jemput baca: Cara Mengatasi Gusi Berdarah Agar Tiada Lagi Darah Keluar Semasa Menggosok Gigi

nurulhuda sobari on December 6, 2014 at 12:08 AM said...

Masa dalam keadaan hamil nie lah kena jaga makan minum. Sebab kita berkongsi zat dengan anak yg kat dalam perut tu..

JommSihatDanCantik -> VITAMIN C DAN BIOFLAVONOIDS

Kamalia Lee on December 6, 2014 at 12:17 AM said...

wahhh info baru ..thanks for sharing

Haisa Yusoff on December 6, 2014 at 3:03 AM said...

Jaga makan...ambik vitamin secukupnya semasa hamil..bukan untuk ibu aje..tapi utk baby sekali.

sicomel ayatulhusna on December 6, 2014 at 7:29 AM said...

Tapi kan masa hamil anak bongsu tiga tahun lepas saya tak pernah sakit, demam ke, selsema ke...mabuk pun tak teruk sangat...

set kurus ibu menyusu terbaik dari shaklee

alyaa aidee on December 6, 2014 at 8:33 AM said...

Betul.masa hamil ni semua jadi sensitif termasuk emosi. So kena jaga betul-betul..

supplement eshoppe on December 6, 2014 at 8:38 AM said...

Alhamdulillah semasa hamil x de masalah sgt.cuma morning sickness jer pepagi.tp penting ibu hamil utk ambil supplement tambahan utk menjaga kesihatan bayi dan ibu.

Niny fariza on December 6, 2014 at 8:40 AM said...

Immuniti badan wanita hamil memang lemah jadi nutrisi tambahan memang penting...

Masalah Kesuburan

Ila Fyra on December 6, 2014 at 10:05 AM said...

Perubahan hormon ketika mengandung memang buatkan kita mudah sensitif, pengambilan b complex amat bagus untuk menstabilkan semula hormon.

Ila Fyra on December 6, 2014 at 10:09 AM said...

Mesti time ni dah makan set hamil shaklee kan? Alhamdulillah mesti seronok bila badan sihat :-)

Ila Fyra on December 6, 2014 at 10:10 AM said...

Kan syira, begitu besar pengorbanan seorang ibu :-)

cheezylady on December 6, 2014 at 11:49 AM said...

Waktu hamil lah waktu yg perlu di jaga rapi. Sbb kita bkn hanya jaga diri kita tapi ank dlm kandungan juga. Amalkan pemakanan sihat, in shaa Allah selamat...

asma el Kareem on December 8, 2014 at 2:28 AM said...

Sihat dan cantik dengan Shaklee.
Pudarkan Pigmentasi untuk Tampil lebih yakin

kecik sangat on December 11, 2014 at 6:42 PM said...

Betul..letih sgt sgt... nak tido jek rasa.. lagi2 xboleh mkn.. xkenal shaklee lagi time tuu..
lepas abis masalah mabuk.. berjalan je tiap hari... lasak... hari2 pergi mall... jln2.. xshopingg pon xpe lah.. jnji dpt masuk mal... hehehehe

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template