Thursday, December 4, 2014

Menyusukan Anak Ketika Demam, Selamatkah?

Salam semua :-)

Menyusukan anak di sepanjang tempoh dua tahun sememangnya banyak cabaran dan dugaan. Sepanjang dua tahun juga, pelbagai kenangan pahit dan manis akan dialami termasuklah si ibu mungkin boleh jatuh sakit dalam tempoh tersebut.

Saya sendiri pernah dua kali demam, batuk dan selsema ketika menyusukan Akmal di sepanjang dua tahun ini. Alhamdulillah demam tersebut tidak berpanjangan, sebaliknya hanya singgah dalam sehari-dua. Sebenarnya ibu yang demam tidak mempunyai sebarang masalah atau halangan untuk menyusukan bayi. Malah ianya amat digalakkan kerana dalam sama yang sama antibodi yang terbentuk di dalam badan ibu dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu tadi.


Bagaimana susu ibu dapat memberikan antibodi kepada bayi. Kredit: KasihIbu2u
Jadi ibu-ibu, janganlah risau untuk meneruskan penyusuan kepada bayi kerana susu ibu sememangnya terbaik untuk bayi walau dalam keadaan apa sekalipun.

Penyusuan Susu Ibu Adalah Selamat Walaupun Ketika Ibu Demam

Langkah Penjagaan

Walaupun demikian, ada kemungkinan yang bayi boleh mendapat jangkitan melalui sentuhan. Sebagai contoh ibu mungkin bersin atau batuk di hadapan anak. Oleh yang demikian, langkah-langkah penjagaan perlulah dititikberatkan seperti berikut:-
  • basuh tangan dengan bersih sebelum memegang bayi .
  • gunakan mask atau tutup mulut dengan tuala/tisu bersih apabila bersin atau batuk; dan
  • elakkan mencium bayi

Pengambilan Ubat-Ubatan Ketika Menyusukan
Sekiranya ibu  ingin mengambil sebarang ubat, pastikan ubat-ubatan tersebut adalah selamat untuk ibu menyusu. Ibu-ibu juga perlu memaklumkan kepada Doktor bahawa mereka adalah ibu yang menyusukan semasa mendapatkan rawatan di klinik. Ini adalah penting bagi memastikan ubat-ubatan yang diberikan adalah sesuai dan selamat kepada bayi. Laman web Kelly ini juga sering saya kunjungi untuk menyemak ubat-ubatan yang selamat untuk ibu menyusu.

Jadi ibu-ibu, jangan ragu-ragu untuk menyusukan bayi anda walaupun ketika anda demam. Pemberhentian susu kepada bayi secara mendadak juga boleh mendatangkan masalah lain seperti bengkak susu dan boleh memburukkan lagi demam yang dihidapi. Pengambilan vitamin tambahan seperti Vita C Plus, Nutriferon dan Omega Guard juga sangat-sangat membantu untuk pemulihan demam, batuk dan selsema ibu dengan lebih cepat.



Salam Sayang & Jumpa Lagi !


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!
 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

14 comments:

Rose Nazyiana on December 4, 2014 at 6:28 PM said...

Bertuahnya dapat bf baby sehingga umur 2 tahun..ibu-ibu menyusu jangan lupa amalkan suplemen ye untuk dapatkan ketahanan badan yang kuat..so boleh amalkan set menyusu shaklee
Punca Gadis Cantik Ini Ditoreh

Nik Azimah Awg Hamat on December 4, 2014 at 7:27 PM said...

Susu ibu memamg susu yang terbaik..untung yang boleh menyusukan anak sehingga ke dua tahun...

KU TUNGGU KEHADIRANMU

Zoe Abigail Adamant on December 4, 2014 at 9:03 PM said...

Sepanjang menyusu kan anak ni pemakan perlu jaga.takut effects kat baby..tapi dengan mengamalkan supplement shaklee saya tak ragu..bertuah rasanya dapat kenal Shaklee

vitamin C Shaklee terbaik di pasaran

cheezylady on December 4, 2014 at 11:42 PM said...

Susu ibu takkan berubah walau apa pun keadaan si ibu. Rasa rindu pula nak menyusukan anak. mklumlah ank dh besar semuanya... hihihi

Kamalia Lee on December 5, 2014 at 12:29 AM said...

Jika mampu, yg terbaik ialah direct breastfeeding berbanding memberi expressed breast milk. Namun, apapun ia lebih baik drpd x beri breast milk langsung

nila anggraini on December 5, 2014 at 2:47 AM said...

Alhamdulillah saya boleh memberikan susu ekslusif untuk kedua anak saya. Memang happy snagat boleh buat yang terbaik untuk si kecil.

Beberapa Hal Yang Sering Terlupa Apabila Hendak Melancong

nurulhuda sobari on December 5, 2014 at 3:06 AM said...

Alhamdulillah. Dapat nyusukan anak sampai sekarang. Dah masuk 3tahun dah. Susu ibu memang unik. Kita ttp boleh nyusukan anak walaupun kita demam

JommSihatDanCantik -> SERLAHKAN KEJELITAAN SEBENAR KULIT ANDA

alyaa aidee on December 5, 2014 at 7:16 AM said...

Betul.. sejak hamil memang dah tak berani ambil panadol. Alhamdulillah sekarang kenal dengan shaklee. Vitamin je la sy amalkan. :)

Niny fariza on December 5, 2014 at 7:59 AM said...

Sememang susu ibu adalh yang terbaik..

Kepentingan Minyak Ikan Pada Wanita Hamil

supplement eshoppe on December 5, 2014 at 11:32 AM said...

Alhamdulillah dua org anak dapat menyusukan sampai umur 2 tahun.susu ibu mmg yg terbaik utk anak.

sicomel ayatulhusna on December 5, 2014 at 8:45 PM said...

Bersyukur sangat dapat memberikan ketiga-tiga anak menyusu dengan baik...hargailah pemberian dari Yang Maha Esa.

aktiviti cuti sekolah bersama anak-anak dipantai bachok

Haisa Yusoff on December 6, 2014 at 3:12 AM said...

Dalam perjalanan bf ni...inshaAllah akan susukan baby smpi 2tahun.suplemen shklee banyak membantu saya menjayakan bf kali ni..

asma el Kareem on December 8, 2014 at 1:01 AM said...

Kena jaga pemakanan.. Sebab bila ibu jatuh sakit mood nak menyusukan akan jadi menurun boleh menyebabkan baby terus tak nak menyusu.
Punca kulit kusam

kecik sangat on December 11, 2014 at 6:44 PM said...

Saya juga kerap demam.. tapi demam 1 hari jek.. batuk dan selsema xpernah kena lagi.. masih meneruskan penyusuan walau ape pon trjadi...
cabaran tuk para ibu..

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template