Wednesday, December 10, 2014

Perlu RM200,000 Untuk Bedah Anak Rosak Hati - Mari Kita Sama-sama Membantu!

Pasir Gudang: Seorang suri rumah merayu sumbangan bagi membolehkan anaknya Putera Fathullah Fahmi yang menghidap penyakit hati kronik menjalani pembedahan segera.

Siti Nurhidayah Shaari, 20, yang tinggal bersama keluarganya di Taman Air Biru, Pasir Gudang berkata, anak tunggalnya yang berusia setahun enam bulan itu memerlukan RM200,000 untuk menjalani pembedahan, namun wang terkumpul hanya RM28,000.

Menurut Nur Hidayah, dia kini runsing kerana keadaan anaknya semakin kritikal dan berharap supaya usahanya untuk mengumpul dana dalam masa terdekat berhasil.

“Anak saya disahkan menghidap penyakit hati kronik selepas tiga hari dilahirkan dan pernah menjalani pembedahan ketika berumur lima bulan.

Nurhidayah memangku Putera Fathullah yang menghidap penyakit hati kronik. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15079#sthash.fWCJ9IOd.bb8zAykX.dpuf
“Namun, doktor mengesyorkan supaya dia menjalani pembedahan untuk pemindahan hati kerana hatinya sudah rosak.

“Kalau boleh, saya mahu ia dilakukan segera namun faktor kewangan membantutkan hasrat itu,” katanya.

Menceritakan keadaan Putera Fathullah, Nur Hidayah berkata, penyakit yang dialami turut membuatkan berat badan anaknya itu tidak seperti kanak-kanak normal.

Katanya, dia risau dengan keadaan itu kerana anaknya memerlukan berat badannya melebihi 10 kilogram untuk menjalani pembedahan.

Orang ramai yang berhasrat menyumbang bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 151240294649 dan CIMB 7613256663 atas nama Siti Nurhidayah Shaari.

Sumber Asal: Harian Metro 10 Disember 2014

p/s: Sebagai seorang ibu, tersentuhnya hati saya apabila membaca kisah ini. Marilah kita membantu setakat yang terdaya. Moga sumbangan tuan/puan dapat membantu adik ini.
 

6 comments:

Suria Lekatlekitgurl on December 10, 2014 at 12:55 PM said...

Ya Allah permudahkanlah urusan anak ni.. Berilah yang terbaik buat dia & keluarganya.. Moga ada insan yang baik sudi menaja pembedahan anak kecil ni

Amie on December 10, 2014 at 1:05 PM said...

Semoga dipermudahkan segala urusannya... ya Allah.

Ila Fyra on December 10, 2014 at 2:49 PM said...

InsyaAllah, moga-moga dipermudahkan urusan ibu dan anak ini. Amin!

Wan Fatihanum Wan Rusli on December 10, 2014 at 3:27 PM said...

tak sanggupnya tengok wajah anak tu..jom sama-sama kita bantu..

Cik Iman on December 10, 2014 at 8:51 PM said...

:( ya allah permudahkan la urusan anak nie. tak sanggup tengok dia sensara lama gini

kecik sangat on December 11, 2014 at 6:14 PM said...

Semoga dimpermudahkam segala urusan.. Allah sentiasa bersama mu...

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template