Wednesday, December 10, 2014

Rahsia Doa dan Motivasi - Tips Atasi Masalah Anak Extra Aktif

Salam pembaca semua :-)

Sebenarnya dah lama saya nak kongsikan entry yang sangat bermakna ini. Kebetulan pula dalam sebulan dua ini saya sempat menghadiri dua ceramah motivasi yang dianjurkan oleh Hushim Motivational  dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Liew. Alhamdulillah, kedua-dua ceramah ini sangat bermakna dan memberi inspirasi kepada saya terutamanya untuk lebih bersabar dan sentiasa bersyukur dalam mendidik anak-anak yang sedang membesar.

Siapa di sini yang anaknya extra aktif? Perkataan extra aktif ini sebenarnya  merujuk kepada anak-anak yang nakal dan degil. Namun oleh kerana kata-kata itu satu doa, saya memang sangat jarang menyebut perkataan nakal ini lebih-lebih lagi lagi perkataan degil.  Entry kali ini saya akan kongsikan satu tips sahaja dahulu iaitu doa atau perkataan yang baik-baik untuk anak dan cara menegur kesalahan anak dengan berkesan. 

Fikirlah perkara yang baik-baik untuk anak-anak kita : Kredit Photo:KitaCumaHamba

Kata-kata Ibu/Ayah adalah suatu doa

Mengapa anak kita extra aktif?
Tanpa kita sedari, sebenarnya perlakuan ibu bapa adalah guru terbaik kepada anak-anak. Ini kerana anak yang baru lahir adalah diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Anak-anak sangat mudah mengikuti, meniru  dan belajar apa sahaja yang dilihatnya dan contoh terdekat adalah ibu bapa mereka sendiri.  Jadi, sekiranya anak bertindak aktif atau mengeluarkan perkataan yang negatif, ada kemungkinan kita sebagai ibu bapa yang terlebih dahulu melakukannya.

Tukarkan perkataan negatif kepada positif
Apabila marah, kita seringkali tidak dapat mengawal perasaan dan mungkin mengeluarkan perkataan yang negatif, sebagai contoh:-

'Kenapa Abu ni nakal sangat, ibu pukul nanti'.

Didiklah anak-anak mengikut sunnah dan ajaran Rasulullah
Tahukah mama dan papa semua, perkataan ini sahaja sudah mampu membuatkan anak-anak kita bertindak lebih agresif? Tidak percaya? Cuba bayangkan kalau perkataan ini disebut kepada kita oleh orang lain seperti majikan atau boss di tempat kerja.

'Kenapa kamu ni teruk sangat, nak saya potong gaji ke?

Apakah yang mama dan papa rasakan? Tentu akan timbul perasaan yang meluap-luap, geram dan marah kan?

Bayangkan pula kalau majikan atau boss kita berkata "

"Saya tahu kamu pekerja yang sangat bagus, saya percaya kamu boleh menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik".

Tentu kita akan rasa malu, terharu dan bermotivasi untuk menyelesaikan masalah yang berlaku bukan?



Ok, jadi bila anak melakukan tindakan yang aktif atau di luar dugaan, apa kata kita sebut perkataan dan doa-doa yang baik untuknya.

Abu, abu anak yang baik kan?  Budak baik tak buat macam ni kan?

dan jika perlu, terangkan kepada anak, apakah kesalahan yang beliau lakukan dan mengapa kita menegur perlakuannya itu.

"Ibu sayang sangat pada Abu, sebab itu ibu tegur kalau Abu buat perkara yang salah. Abu faham kan?

Pelukan Ibu mampu menenangkan dan mendamaikan keresahan hati anak-anak
Peluk dan belailah anak ketika memberi teguran, agar anak-anak dapat merasakan kasih sayang yang ikhlas dan sejati daripada ibu bapanya. Bagi anda yang mungkin tidak pernah melakukan ini, pasti akan terasa kejanggalannya bila melakukannya, namun setiap perubahan perlu dimulakan dengan langkah yang pertama. 

Cara Terbaik Menegur dan Menasihati Anak

Berikut adalah cara terbaik yang dikongsikan oleh Haji Hushim untuk bercakap atau menegur anak.

1. Pegang bahu anak
2. Tatap mata anak dengan penuh kasih sayang
3.  Nasihati anak dengan perkataan yang lemah lembut dan mudah difahami.
4. Setelah selesai, peluklah anak
5. Usap belakang anak beberapa kali. Ianya mampu menyalurkan aura dan kasih sayang terus ke dalam hati.


Teknik berbicara berkesan dengan anak. Kredit Gambar Puan Su

Lakukan secara berterusan setiap hari dan lihatlah bagaimana anak-anak kita mula membina jati diri yang lebih positif, InsyaAllah.

  Salam sayang & Jumpa Lagi


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!
 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

10 comments:

cheezylady on December 10, 2014 at 7:56 AM said...

Kita mesti nak yang terbaik untuk anak2 kan.. Jom luangkan masa berkualiti dengan anak2... Kak tun nak balik kampung... dah rindu dengan keluarga... hihi

Zoe Abigail Adamant on December 10, 2014 at 10:09 AM said...

Naik tangan bukan lah cara terbaik untuk mengajar anak-anak yang nakal.kadang-kadang mereka merengek atau menangis bukanlah sebab sakit,kadang-kadang mereka hanya mahukan perhatian kita..nak di belai manja-manja gitu..

Lecithin vs OmegaGuard

Niny fariza on December 10, 2014 at 1:40 PM said...

Anak yang tengah memmmbesar ni memng kena banyak bersabar dalam mendidik..

Air Detox

Nik Azimah Awg Hamat on December 10, 2014 at 3:29 PM said...

perkongsian yuang bagus untuk manfaat ibu bapa...

BEZA PADA NAMA TAPI BUKAN KHASIATNYA

sicomel ayatulhusna on December 10, 2014 at 3:42 PM said...

Memang banyak cabaran dalam mendidik anak-anak ni...kita sebagai ibu bapa perlu bersikap lebih sabar kan...demi masa depan ana-anak.

panduan dan tips mudah hamil bersama set kesuburan shaklee

nurulhuda sobari on December 10, 2014 at 5:42 PM said...

Mak ayah kena banyak bersabar dalam mendidik anak2 nie. Tambah2 anak2 yg super duper active..

JommSihatDanCantik -> TIPS: KASUT SESUAI BUAT IBU HAMIL

Nabilla illa on December 10, 2014 at 7:08 PM said...

Kita kna bersabar dgn ank2 ni..

izue jue on December 10, 2014 at 7:55 PM said...

Anak adalah anugerah Allah. Bersabarlah wahai ibu ayah dalam mendidik anak..

Syira Masyiramaro on December 10, 2014 at 8:34 PM said...

Mereka ibarat kain putih kan..ibu bapa yg corak kan. Memang betul kena positif dalam setiap perkataan dan gerak geri

kecik sangat on December 11, 2014 at 6:24 PM said...

Anak adalah anugerah terindah...
kadang2 bila penat n stress keje... mula lah kuar prkataan mcm2...

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template