Monday, December 22, 2014

Resepi Pengat Pisang Simple + Sedap :-)

Sabtu yang lepas ternampak pisang tanduk yang belum digoreng di dalam peti ais. Tiba-tiba teringin pula nak makan pengat pisang, jadi apa lagi, cepat-cepat hidupkan kereta dan pergi ke kedai seberang jalan untuk membeli santan.

Sebenarnya pengat pisang ni sangat mudah untuk disediakan. Yang penting bahan-bahan asasnya cukup dan pisang pula kenalah ada. Saya suka pengat pisang yang dibuat menggunakan pisang tanduk atau pisang nangka kerana kedua-dua pisang ini rasanya sedikit masam dan bila dimasak dengan santan dan gula, rasanya akan jadi masam-masam manis. Gabungan rasa yang memang menyelerakan :-)


Jom kita tengok resepinya :-)

Bahan-Bahan
1. 1 biji pisang tanduk  dipotong/ dihiris nipis


2. 500ml santan (setengah kilo)
3. 1 senduk gula pasir*
4. 2 senduk gula perang*
5. Sedikit air anggaran 200ml**
6. Sehelai daun pandan - untuk bau yang wangi

Cara-Cara
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Masukkan gula pasir + gula perang ke dalam periuk. Kacau hingga larut
3. Masukkan santan dan tunggu hingga sedikit mendidih. Masukkan daun pandan.

 4. Masukkan pisang dan kacau selalu hingga empuk, anggaran 10-15 minit bergantung pada jenis pisang


5. Siap. Sedia dihidangkan
Nyum Nyum :-)
Selamat Mencuba Tau :-

Nota
  • Kuantiti gula boleh diubah ikut kesesuaian. Kalau suka kurang manis, bolehlah dikurangkan sukatan gula.
  • Kuantiti air juga boleh diubah ikut kesesuaian. Kalau sukakan kuah yang pekat, kurangkan sukatan air.

  • Boleh tambahkan sagu mata ikan jika suka :-)

Salam Sayang dan Jumpa Lagi


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

8 comments:

Niny fariza on December 22, 2014 at 8:36 PM said...

lama dah tak makan pengat pisang..terliur la pulak.

3 Langkah Untuk Kurus

sicomel ayatulhusna on December 22, 2014 at 9:53 PM said...

Dah lama sangat rasanya tak buat pengat pisang ni...nak buat juga lah esk...hihi

tingkatkan sistem imun badan dengan nutriferon

Syira Masyiramaro on December 23, 2014 at 7:26 AM said...

Tak suka pengat tp sy suka cara masak pengat yg sng

Ila Fyra on December 23, 2014 at 1:34 PM said...

20 Kesalahan Dalam Mendidik Anak

Zoe Abigail Adamant on December 23, 2014 at 2:07 PM said...

Sedap nya..makan petang syiok ni

teh ramuan on December 23, 2014 at 2:32 PM said...

sedapnya pengat pisang
orang kelantan sukan makan manis macam ni

Kamalia Lee on December 24, 2014 at 2:57 AM said...

Belum lagi makan pengat pisang...biasanya pengat labu, durian,nangka..Kelantan mmg suka makanan manis2

kecik sangat on December 26, 2014 at 11:43 AM said...

sedapnye.. dah lama xmakan..


mrskeciksangat.blogspot.com

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template