Friday, December 26, 2014

Restoran Mee Tarik Bangi Yang Special

Salam semua :-)

Tengahari semalam saya sekeluarga sempat berkunjung ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Bandar Baru Bangi. Maklumlah pertama kali datang ke sini, jadi agak 'excited untuk mencuba menu mee tarik yang sering diceritakan oleh rakan-rakan.

Gambar restoran dari tempat parking
Restoran ni warnanya memang serba hijau termasuk kerusi dan pakaian pekerjanya, hihi. Kalau nak tau hijau memang warna favourite saya.
Persekitaran Restoran Mee Tarik dan Menu
Walaupun ini kedai mee, ada juga menu nasi seperti nasi goreng dan sebagainya. Kebanyakan menu di sini harganya RM10 ke bawah dan bolehlah dikatakan berpatutan harganya.

Mee Sagat dan Mee Tarik In Making
Part yang paling menarik di sini adalah pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana mee tarik ini disediakan. Arif pun 2-3 kali tengok abang ni menarik mee sepanjang di restoran ini. Selain mee tarik, ada juga mee yang disagat terus dari adunan tepung yang telah diadun. Tapi lupa pula nak tanya nama mee  yang disagat tu.

Berselera sungguh Arif menikmati mee supnya, siap belajar guna chop stick.
Oleh kerana bayi Akmal sedang tidur, jadi saya cuma sempat snap gambar mee Arif sahaja hihi. Mee papa Arif, mee Wan Arif dan nasik goreng saya sendiri tak dapat nak snap.

Bagi yang ingin menikmati keenakan mee di sini, silalah datang ke:-

Mee Tarik Cawangan Bangi
No.3-47-01,Common Area,
Jalan Medan
Pusat Bandar Bangi Sentral
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

p/s: Kalau ditanya pandangan saya tentang restoran ni, mee nye memang sedap. Namun pekerjanya kurang friendly sebab kebanyakannya warga asing. Order pun kita kena isi sendiri dan bagi pada pelayan. Bila hantar makanan, hanya hantar sahaja dan langsung tak cakap apa-apa atau senyum. Entahlah, mungkin dah terbiasa dengan sikap rakyat Malaysia yang suka senyum dan berbudi bahasa :-)


Salam Sayang dan Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

3 comments:

kecik sangat on December 26, 2014 at 11:33 AM said...

xpernak dengar mee tarik nie.. bulan depan kalau ada rezeki smpai sana, nak cuba lah...

mrskeciksangat,blogspot.com

nila anggraini on December 26, 2014 at 4:43 PM said...

Mee tarik tu sedap ke illa..? Pernah juga dengar mee tarik ni..tapi tak pernah rasa....lain kali la kalau singgah ke bangi kami cuba plak makan kat sana.

Syira Masyiramaro on December 26, 2014 at 10:15 PM said...

X best kan kalo dpt pelayan mcm tu..sy x berapa berkenan dgn pelayan warga asing yg x frenly .at least senyumla skit

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template