Monday, December 15, 2014

Soto Ayam Pasar Minggu Jasin Yang Buat Ramai Mengidam

Salam pembaca semua :-)

Seronoknya minggu ni sebab dapat balik ke kampung di Tangkak dan berjumpa adik beradik yang lain. Maklumlah kakak dan abang-abang saya kebanyakannya adalah cikgu jadi biasanya kami semua hanya dapat berkumpul di musim cuti sekolah. Dalam perjalanan pulang ke Tangkak, saya sempat singgah sebentar di Pasar Minggu Jasin.

Sebenarnya Pasar Minggu Jasin ini memang salah satu tempat yang sangat favourite  untuk disinggah memandangkan saya sendiri dahulu bersekolah di Jasin bermula daripada Tingkatan 1 hingga 5 dan tinggal di asrama. Bila tiba time 'outing' pasti akan pergi ke Pasar ni dan makanan yang wajib dibeli di sini ialah Soto Ayam ini.

Soto Ayam Jasin yang digemari oleh semua termasuk Encik Hubby
Soto ayam ni memang sedap ditambah lagi dengan sambal kicap cili padinya yang sangat umpph. Namun sebab makan dengan anak-anak, cili padinya hanya dapat ditambah bila anak-anak dah selesai makan. Satu lagi yang nampak istimewa tentang Soto ini ialah nasinya disediakan di dalam bekas yang besar. Jadi memang menarik perhatian pengunjung yang datang ke pasar minggu ini.

Tengok tu, besarnya Soto Nasi ni
Dua puluh tahun yang lalu, harga Soto ini cumahlah RM1.50 tetapi kini harganya dah naik kepada RM3.50. Walaupun harganya telah naik, harganya masih lagi berpatutan berbanding makanan yang lain. Tak sangka dah lebih 20 tahun saya menikmati Soto Ayam ini.

Jadi kepada pembaca semua yang datang ke Melaka atau sekitar Jasin, jangan lupa menikmati Soto Ayam ini pada setiap hari Sabtu. Mesti korang suka :-)

Salam Sayang & Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com


11 comments:

Nur Inani on December 15, 2014 at 10:26 AM said...

nampak sedap. tak pernah sampai sana lagi

Bahrain Ramlan on December 15, 2014 at 12:01 PM said...

sedapnya dpat makan soto ayam ni. Tengok macam banyak ayam

nila anggraini on December 15, 2014 at 2:35 PM said...

Waduhhh sedapnyerrr soto...saya memang pengemar soto....mm pantang tengok soto ni. Memang menyelerakan

Ila Fyra on December 15, 2014 at 2:44 PM said...

Memang sedap rasanya. Jika singgah di Jasin nanti, bolehlah cuba ye!

Ila Fyra on December 15, 2014 at 2:45 PM said...

Jemputlah datang Melaka, macam-macam ada :-)

Nabilla illa on December 15, 2014 at 3:23 PM said...

Sedapnya..kemarin pergi melaka...

sicomel ayatulhusna on December 15, 2014 at 3:54 PM said...

Alahai sedapnya...dah lama tak makan soto ayam ni

kolagen adalah rahsia kejelitaan wanita zaman moden

Niny fariza on December 15, 2014 at 5:13 PM said...

Jarang2 jer makan soto..sebba saya orang kelantan..kat kelantan tak famous soto..

Kulit Kering dan Menggelupas

nurulhuda sobari on December 15, 2014 at 10:19 PM said...

Soto is one of my favourite nie. Pantang jumpak ja pasti ku makan..Tambah plak sos cabai melaka yang pedas tu. Fuhh, memang berapi telinga nie ha..slurrppp!!

JommSihatDanCantik -> PERBEZAAN SUSU BAYI TAK CUKUP BULAN

Kamalia Lee on December 16, 2014 at 1:42 AM said...

belum jumpa lagi soto yg benar2 sedap, sebab tu kot saya ni biasa2 je dgn soto, minat tidak, nak kata tak minat pun tak juga..maybe boleh try kot sini eheheh thanks for info

alyaa aidee on December 16, 2014 at 2:18 PM said...

sedapnya soto!! suka sangat soto sebab ada kacang sekali. hehe

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template