Friday, January 9, 2015

10 Jenis Makanan dan Tips Untuk Meningkatkan Metabolisma Badan dan Elakkan Kita Gemuk



Salam semua :-)

Bila sebut bab makan ni, semua suka kan? Tapi memang sedih kalau metabolisma kita rendah. Maksudnya walaupun makan sikit, berat badan mudah sangat naik. Berbanding dengan orang yang metabolismanya tinggi, makan banyak mana pun, badannya maintain sahaja.

Kedua-dua situasi ini pernah berlaku kepada saya. Suatu masa dulu berat badan saya pernah bertambah secara mendadak. Ketika itu saya baru sahaja bersalinkan anak yang pertama, badan memang sedikit berisi dan semua pakaian saya menjadi ketat dan tidak boleh dipakai. Memang seksa, malah saya terpaksa hadkan pengambilan makanan daripada sepinggan nasi kepada suku pinggan untuk mengelakkan berat badan daripada terus bertambah.

Mengandung sering menyebabkan perubahan berat badan pada wanita.

Berbanding dengan kelahiran anak yang kedua, berat badan saya terus turun dan lebih kurus berbanding sebelum kahwin. Sekali lagi saya terpaksa menukar kesemua pakaian saya. Ini bermakna metabolism badan kita bukanlah sentiasa statik. Ianya boleh ditingkatkan bagi memberikan keselesaan dan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan, meningkatkan metabolisme boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.
Definisi Metabolisma
Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh kita sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja ketika bersenam, malah pada setiap masa termasuklah ketika berehat atau ketika tidur. Salah satu punca sukar untuk mengurangkan berat badan adalah kita kerana mempunyai tahap metabolisme badan yang rendah. Metabolisme rendah menyebabkan tahap pembakaran kalori menjadi lebih perlahan, namun ia boleh berubah dan ditingkatkan. Berikut adalah beberapa jenis makanan atau aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisme tubuh :-

 
Air Putih
Kadar metabolisme setiap individu sememangnya tidak sama. Ia bergantung kepada jumlah otot dan lemak di dalam tubuh. Kandungan air yang mencukupi dalam badan akan membantu proses metabolisme berjalan dengan baik. Amalan minum 8 gelas air putih setiap hari akan membantu tubuh kita untuk berfungsi pada tahap yang optimum.




Bekalan Kalsium & Vitamin D Yang Mencukupi

Kekurangan kalsium di dalam badan akan menyebabkan badan berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Vitamin D pula sangat penting untuk mengekalkan rangkaian otot dan meningkatkan metabolisma. Kalsium dan Vitamin D bukan sahaja boleh didapati daripada susu rendah lemak malah ia boleh diperolehi daripada makanan lain seperti keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oat. Vitamin Shaklee Ostematrix adalah contoh supplemen semulajadi yang amat bagus untuk membekalkan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang mencukupi untuk keperluan harian anda.


Snek Berkhasiat

Apabila perut terasa lapar dan mula berbunyi, bermakna ianya perlu diisi segera. Makan snek berkhasiat dengan kerap sedikit demi sedikit akan dapat membantu masalah ini. Jika kita tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan kita mungkin kita akan makan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Seeloknya pilih snek yang mempunyai kandungan serat dan protein yang tinggi seperti buah-buahan, biskut fiber dan dadih.


Makanan pedas
Tisu otot akan menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Jika badan kita mempunyai banyak tisu otot, kita akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai banyak lemak. Makanan pedas yang mengandungi cili dan capsicum bukan sahaja menyelerakan tetapi dikatakan mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas kita memakannya.


Teh hijau

Tidak semua teh adalah sama. Teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolism badan dan dapat meningkatkan tahap kecergasan badan. Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kita minum setiap hari dengan teh hijau. Kajian sains mendapati apabila kita minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.


Cinch Tea adalah teh campuran terbaik untuk meningkatkan metabolisma tubuh

Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.

Limau Bali
Makan limau bali sebagai pencuci mulut setiap kali waktu makan boleh membantu kita mengurangkan berat badan. Limau bali mempunyai kandungan fiber yang tinggi, rendah kalori dan mengandungi enzim yang berfungsi untuk membakar lemak. Malah, ia boleh merendahkan insulin dan kolesterol di dalam tubuh kita.




Ambil Sarapan Pagi
Sarapan pagi adalah penting dan merupakan permulaan yang sihat untuk penjanaan metabolisma dan tenaga yang tinggi sepanjang hari. Mereka yang meninggalkan sarapan pagi dikatakan lebih cenderung untuk menjadi gemuk. Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Epidemiology, sukarelawan yang mendapat 22-55 peratus dari jumlah keseluruhan kalori ketika sarapan pagi hanya menambah 1.7 paun purata berat badan berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi pula menambah hampir 3 paun setahun.



Makanan Kaya Serat dan Zat Besi

Serat boleh meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 30 peratus. Kajian mendapati bahawa mereka yang makan paling banyak serat hanya mendapat sedikit penambahan berat badan. Zat besi pula sangat penting untuk membawa oksigen yang diperlukan oleh otot anda untuk membakar lemak. Daging tanpa lemak, kacang-kacangan, bijirin dan bayam merupakan sumber zat besi yang sangat baik.

Tidur Yang Cukup
Tidur sekurang-kurang 6-8 jam sehari untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. Kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari. 

Tidur yang cukup dan berkualiti penting pada kehidupan

Jangan Stress atau Marah
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berada di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Jadi sentiasalah ceria dan lebih terbuka di dalam menghadapi apa jua masalah yang berlaku. Baca tentang pengurusan stress di sini.


Salam Sayang & Jumpa Lagi!


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!  


 


 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

5 comments:

nila anggraini on January 9, 2015 at 7:31 PM said...

Suka sangat ngan cinch tea mix ni....rasanya sedap dan bertenaga jer minum...senang nak bancuh...bagi anda yang asik lesu jer...ambik lah secawan cinch tea mix.memang segarrr...1 lagibkelebihan cinch tea mix boleh untuk amalan diet harian kurangakan inchi badan kita....

Kelebihan Alfalfa Complex Yang Patut Anda Ketahui Untuk Anda Dan Seisi Keluarga

Zoe Abigail Adamant on January 9, 2015 at 8:06 PM said...

Rasanya zoe ni metabolisma rendah.sebab makan sikit pun badna akan naik.. Huhu sedih tau..kalau ada rzki lbih nanti nak cuba cinch tea ni

alyaa aidee on January 9, 2015 at 11:29 PM said...

Aah memang ada jenis metabolisme rendah. Padahal makan jenuh sekat sana sini. Tu yang badan cepat naik.

nurulhuda sobari on January 10, 2015 at 9:15 AM said...

Susah kalau metabolism rendah. Makan xbnyk mana tp susah nak turun, kan. Tips nie sikit sebanyak dpt membantu sesiapa yg tahap metabolismanya rendah..

JommSihatDanCantik -> 1 CARA MENGHENTIKAN BERSIN DI SIANG HARI

Ummu Hanan on January 10, 2015 at 5:13 PM said...

Bagusnya Ila tips ni.. Fiza memang tgh cari cara nak naikkan metabolisme badan.. Sangat sangat rendah la metabolisme badan Fiza ni..hahaha

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template