Wednesday, January 7, 2015

10 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Kehamilan

Salam semua :-)

Semalam saya menerima satu berita gembira daripada seorang kawan. Memang happy kerana beliau  disahkan mengandung lagi setelah mengalami keguguran beberapa bulan yang lepas. Cerita punya cerita- timbullah persoalan apakah jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan semasa kehamilan terutamanya di trimester pertama.

Di sini saya kongsikan 10 jenis makanan yang perlu dielakkan untuk ingatan kita bersama ~ 


Makanan mentah atau Separuh Masak
Ibu hamil dilarang makan makanan mentah atau separuh masak seperti daging mentah, susu yang tidak dipasteur atau telur separuh masak. Makanan mentah atau separuh masak mengandungi pelbagai jenis bakteria seperti toxoplasma yang boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada bayi. Ini termasuklah Salad Dressing seperti mayonis atau sos lain yang mengandungi telur mentah. Bakteria ini juga boleh didapati di dalam sayur-sayuran atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih.

Makanan Separuh Masak Adalah Bahaya Kepada Ibu Hamil dan Kandungan




Susu Segar Yang Tidak Dipasteur
Susu segar yang diperah dari lembu atau kambing yang belum melalui proses pempasteuran boleh menyebabkan pembiakan bakteria listeria. Ia boleh memudaratkan ibu dan bayi yang dikandung.



Alkohol dan Minuman Bergas
Pengambilan alkohol oleh ibu hamil boleh mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi. Ia juga boleh menyebabkan masalah emosi terhadap bayi yang dikandung. Minuman bergas pula mengandungi gula yang tinggi iaitu sehingga 7 - 9 sudu dalam satu tin, boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang dan mendapat GDM (Gestational Diabetes Mellitus) serta menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi yang dikandung.


Bahaya alkohol kepada kandungan



Minuman dan makanan yang berkafein
Elakkan minum atau makan makanan yang mengandungi kafein walaupun sesetengah kajian mengatakan jumlah kafein yang sederhana selamat semasa hamil. Sekiranya ibu perlu mengambil minuman berkafein, hadkan kepada 200mg sehari (bersamaan 12oz cawan kopi). Tetap harus diingat, kafein turut terkandung dalam minuman bergas, teh dan coklat. Kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi, kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.


Ubat-ubatan
Tiada ubat yang benar-benar selamat untuk ibu hamil. Walau bagaimanapun, sekiranya anda jatuh sakit, berkemungkinan doktor akan memberikan ubat yang paling minima dengan dos yang bersesuaian. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mendapatkan nasihat Doktor sebelum mengambil sebarang jenis ubatan terutamanya di trimester pertama. Baca di sini mengapa ibu-ibu hamil mudah mengalami jangkitan seperti batuk atau selsema. Pengambilan vitamin semulajadi seperti Vitamin Shaklee adalah lebih selamat untuk membantu meningkatkan kesihatan ibu ketika hamil.




Rokok
Merokok semasa mengandung adalah sangat merbahaya dan selalunya dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut pertumbuhannya dan berat badan yang rendah. Kes-kes kematian mengejut atau sudden death yang berlaku pada bayi juga selalu dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.


Gula
Pengambilan gula berlebihan ketika hamil boleh menyebabkan komplikasi seperti GDM iaitu kencing manis semasa hamil. Ia juga boleh menyebabkan saiz bayi lebih besar daripada kebiasaan. Ibu yang mengalami GDM juga akan dipantau oleh Klinik Kesihatan di mana bacaan darah akan diambil sebanyak 4 kali sehari setiap 2 minggu sekali. Ini juga akan memeningkan kepala kerana ibu perlu mengambil ujian darah yang kerap dan perlu berulang alik ke klinik.




Makanan Mengandungi Vitamin A atau Pengambilan Vitamin A
Elakkan mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A seperti hati dan elakkan pengambilan Vitamin A yang tinggi. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi. Sekiranya perlu, ambil previtamin A dalam bentuk seperti beta-karotena di mana ia akan ditukarkan kepada vitamin A di dalam badan apabila diperlukan sahaja.

Sumber Vitamin A dan Beta Karotena


Raksa (Mercury)
Raksa atau merkuri boleh didapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan seperti ikan laut dalam seperti tuna, mackerel, kerapu dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan merkuri yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.


Nenas
Mengikut tradisi, nenas adalah makanan yang dilarang kepada ibu hamil terutamanya di awal kehamilan. Ini kerana nenas mengandungi enzim bromelain yang dikatakan mampu melembutkan pangkal rahim dan  boleh menyebabkan keguguran. Mengikut kajian lain pula buah nenas yang dimaksudkan adalah buah nenas muda dan masam. Walaupun tiada bukti saintifik berkaitan perkara ini, eloklah kita elakkan kerana telah banyak kes keguguran yang berlaku disebabkan oleh buah nenas ini. Selain itu air kelapa muda juga dikatakan bersifat tajam dan hanya boleh diambil selepas kandungan berusia 7 bulan ke atas.

Buah nenas dikatakan bersifat tajam dan boleh menyebabkan keguguran


  
 Salam Sayang & Moga kehamilan sahabat saya dan pembaca semua selamat hingga ke penghujungnya.



Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   



 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

14 comments:

sicomel ayatulhusna on January 7, 2015 at 10:34 PM said...

Rupanya telur masak separuh pun tak boleh jugak ya...huhu...tq ila kongsi ilmu yang sangat berguna ni.

energizing soy protein esp menjanjikan yang terbaik untuk kesihatan tubuh badan

Ummu Hanan on January 8, 2015 at 8:09 AM said...

Ada juga antara ni yang selalu bedal time mengandung..hihihi dah tentunya makanan bergula. Donut la, aiskrim la..hehe. Tapi, memang beringat la juga. Memang tak leh banyak2, kang sah2 byk kali kene minum air gula pulak.. Naya!

nurulhuda sobari on January 8, 2015 at 8:48 AM said...

Yg lain memang ku jauhi tapi yg manis tu kekadang tringin sgt2 baru makan. Huhuu..tq ila sbb sharing info best nie.

JommSihatDanCantik -> PENCARIAN HINGGA KE HUJUNG SEL

nila anggraini on January 8, 2015 at 1:44 PM said...

Agar ibu hamil semakin sihat dan ceria, perlu untuk mengambil set hamil shaklee yang baik untuk kesihatan ibu dan bayi. InsaaAllah ibu dan bayi akan sihat dan ceria.

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

teh ramuan on January 8, 2015 at 3:36 PM said...

bakal2 ibu yang tak jaga kesihatan
memang tak sayang anak yang bakal lahir

Yan Saflina on January 8, 2015 at 4:21 PM said...

Ibu mengandung datang membaca entri..hehe..

thx atas info. :)

Ila Fyra on January 8, 2015 at 4:26 PM said...

Kadang-kadang tu mengidam pun ada especially makanan yang manis-manis ni. Cuma kena berpada untuk elakkan dari kencing manis.

Ila Fyra on January 8, 2015 at 4:26 PM said...

Sama-sama :-)

Moga selamat dan gembira di sepanjang kehamilan. Amin!

Ila Fyra on January 8, 2015 at 4:29 PM said...

Kan Fiza. Kalau dah kena GDM bukan gula je tak boleh makan. Nasi dan buah-buahan manis pun kena kurangkan. Mmg susah nak tahan.....

Ila Fyra on January 8, 2015 at 4:31 PM said...

Kan kak. Teringat masa mengandung dulu pun suka sangat makan mayonis. Walaupun tahu, sesekali nakal juga curi-curi cecah ngan salad :-p

cikNana on September 22, 2015 at 7:59 PM said...

Terima kasih utk info

cik fazzy on June 17, 2016 at 11:24 PM said...

durian ketika awal kehamilan bole ke...

cik fazzy on June 17, 2016 at 11:24 PM said...

durian ketika awal kehamilan bole ke...

Ekin Atty on March 24, 2017 at 3:52 PM said...

boleh x makan buah jeruk di awal kehamilan ?

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template