Saturday, January 3, 2015

42 Kelebihan Berselawat : Salam Maulidur Rasul 1436H

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhamad SAW. Sama-sama kita panjangkan kesyukuran dan teruskan berselawat sebagai tanda kasih dan cinta kita kepadanya. Nabi Muhammad SAW lahir di Makkah pada hari Isnin tanggal 12 Rabi’ul Awwal tahun Gajah dalam keadaan yatim. Kelahiran Nabi Muhammad SAW ini bertepatan dengan tanggal 20 April 571 tahun Masihi.

Teringat kenangan semasa bersekolah dahulu, setiap tahun sambutan Maulidur Rasul ini akan dibuat secara meriah dengan pelbagai acara seperti majlis sambutan kesyukuran, perarakan, pertandingan menulis cerita tentang sirah Nabi dan sebagainya. Mudah-mudahan walaupun kita telah berada di zaman yang serba canggih, sambutan-sambutan ini tidak kita lupakan. Paling tidak, sama-samalah kita bacakan selawat ke atas Nabi ini kerana fadhilatnya sangat banyak dan mampu memberikan syafaat kepada kita di akhirat nanti, InsyaAllah.

Selawat ke atas Junjungan Besar Kita

Di sini saya kongsikan juga 42 kelebihan Berselawat  yang diambil di  http://www.muftins.gov.my)

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-
  1. Melaksanakan perintah Allah.
  2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
  3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
  4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
  5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
  6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
  7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
  8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
  9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
  10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
  11. Allah akan menutupi segala dukacita.
  12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
  13. Mendapat darjat al-Sidq.
  14. Ditunaikan segala hajat.
  15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
  16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
  17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
  18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
  19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
  20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
  21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
  22. Tidak akan merasai fakir.
  23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
  24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
  25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
  26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
  27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
  29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
  30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
  31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
  32. Mendapat kesempurnaan iman.
  33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
  34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
  35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
  36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
  37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
  38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
  39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
  40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
  41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
  42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Subhanallah, begitu banyak fadhilat bila kita mengamalkan selawat ke atas Rasulullah ini. 


Salam Maulidur Rasul


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   
 
2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

3 comments:

Ummu Hanan on January 3, 2015 at 3:47 PM said...

Alhamdulillah, syukur kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Punya Rasulullah junjungan kekasih Allah yang sangat sayangkan umatnya.. Boleh masukkan dalam list tahun baru untuk perbanyakkan selawat sepanjang tahun ini..Bukan hanya pada hari kelahiran Nabi sahaja, insyaAllah..^_^

Ila Fyra on January 3, 2015 at 4:17 PM said...

InsyaAllah Fiza. Sama-sama kita teruskan selawat ni pada setiap hari. Paling sesuai selepas solat ketika bersalaman.

kecik sangat on January 5, 2015 at 9:11 PM said...

Alhamdulillah... semoga kita dpt mengikut segala sunnah nabi muhammad dengan baik...

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template