Sunday, January 11, 2015

5 Tips Mudah Pujuk Anak Pergi Sekolah!

Salam semua :-)

Sedar tak sedar, cuti sekolah telah pun habis dan sampai ke penghujungnya. Kebanyakan daripada anak-anak kita akan memulakan sesi persekolahan pada hari esok 12 Januari 2015. Bagi anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah sama ada ke sekolah tadika atau darjah satu, pastinya pelbagai ragam dan gelagat akan ditunjukkan. Ada yang sangat bersemangat, ada yang takut dan ada juga yang menangis kerana bakal berhadapan sesuatu perkara yang baru.


Sebenarnya perasaan takut adalah sesuatu yang biasa terutamanya di kalangan kanak-kanak. Jadi ibu bapa jangan panik kalau anak menangis atau tidak mahu pergi ke sekolah. Di bawah ini, saya kongsikan 5 tips mudah untuk memujuk dan menggalakkan anak-anak supaya suka pergi ke sekolah. Pendek kata usaha kita untuk memujuk dan berkomunikasi dengan anak menjadi lebih mudah andainya kita dapat memahami dan melakukan perkara-perkara ini.

Cari Punca Mengapa Anak Takut/ Tidak Mahu Ke Sekolah
Kebanyakan anak takut ke sekolah kerana ada perkara yang merisaukan mereka. Contohnya mungkin anak takut untuk bergaul dengan teman-teman baru yang tidak dikenali. Atau mungkin juga anak takut kerana merasakan tiada siapa yang menjaga mereka di sekolah. Jadi kita perlu menerangkan perkara ini kepada anak-anak. Ambil contoh yang dekat di hati mereka, contoh: sebelum ini anak juga mempunyai rakan baru yang asalnya tidak dikenali. Ibu bapa juga boleh menceritakan pengalaman mereka, dengan ini anak akan rasa lebih berkeyakinan kerana ayah atau ibu juga pernah melalui perkara yang sama.




Ceritakan Pada Anak Tentang Apa Yang Akan Berlaku di Sekolah
Anak-anak zaman sekarang sangat bijak dan telah mendapat pelbagai pendedahan awal walaupun mereka belum bersekolah. Menerangkan pada anak apa yang akan berlaku di sekolah akan membantu mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk menghadapi alam persekolahan.

Keseronokan dan Aktiviti Upin Ipin Di Sekolah Antara Pembakar Semangat Untuk Arif ke Sekolah

Jalinkan Hubungan Yang Baik Dengan Cikgu
Menjalinkan hubungan baik dengan cikgu dapat memberikan keyakinan kepada anak bahawa mereka akan selesa dan rasa selamat di sekolah. Sebagai contoh; ibu bapa boleh memperkenalkan anak kepada guru semasa menghantar anak ke sekolah. Jika berkesempatan, ibu bapa juga boleh memberikan sedikit kata pujian berkaitan anak di hadapan cikgu bagi menghilangkan ketakutan dan debaran di hati anak.

Buatkan Satu Sistem Penghargaan (Reward)
Satu bintang untung setiap hari persekolahan. Apabila cukup  bilangan bintang, berikan penghargaan kepada anak. Penghargaan tidak semestinya dalam bentuk hadiah yang mahal dan memerlukan duit. Sebagai contoh, ibu bolehlah masak sesuatu makanan yang sangat disukai oleh anak apabila bintang tadi telah mencukupi. Boleh juga sekiranya reward dibuat dalam bentuk jangka pendek dan jangka panjang. Reward jangka panjang mungkin lebih ekslusif di mana anak berpeluang untuk bercuti di tempat yang mereka sukai pada cuti sekolah nanti.

Contoh Carta Reward

Sentiasa Ambil Berat Tentang Aktiviti dan Persekolahan Anak.
Sesibuk mana pun kita, jangan ambil mudah tentang persekolahan dan aktiviti anak-anak. Sebagai contoh: Luangkan masa 5 minit setiap hari untuk bertanya tentang apa yang anak pelajari di sekolah dan berikan pujian kepada pencapaian mereka. Dengan cara ini anak-anak akan rasa lebih dihargai dan akan rasa seronok untuk pergi ke sekolah.

Selamat Mencuba!

 Salam Sayang & Jumpa Lagi!


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!  


 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

5 comments:

kamil salleh on January 11, 2015 at 2:38 PM said...

Salam buat Ila Fyra. Memang betul pasti kanak-kanak begitu berat hendak ke sekolah kerana dah dua bulan mereka bercuti. Kalau anak kelas tahun dua dan tiga tidak mengapa tetapi yang terasa rusing adalah anak tahun satu. Tip yang Ila Fyra berikan cukup sempurna.

Jom baca entri terbaru saya:
Jom Aktifkan Mykad

Ila Fyra on January 11, 2015 at 2:59 PM said...

Terima kasih en Kamil. Alhamdulillah ini adalah sebahagian daripada pengalaman sendiri menghantar anak ke sekolah. Walaupun baru ke sekolah tadika, memang macam-macam ragamnya di sepanjang tahun...

nila anggraini on January 11, 2015 at 4:46 PM said...

anak saya begitu teruja nak kembali ke sekolah esok hari, pelbagai macam tingkahnya dari menyusun kasut sampai beg....alhamdulillah semua ceria. terima kasih Illa perkongsian kali ini...

Menu Bihun Bakso Menjadi Penaman Dikala Hujan

Wan Fatihanum Wan Rusli on January 11, 2015 at 7:43 PM said...

besok si adik dah nak mula sekolah secara rasminya..berdebar pulak si mama ni hehehe

Ummu Hanan on January 12, 2015 at 7:10 AM said...

Bagus tips ni Ila..Moga menjadi panduan bile anak Fiza mula sekolah nanti..hehe

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template