Thursday, January 15, 2015

5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat

Salam semua :-)


Sebenarnya tajuk entry kali ni memang sangat dekat di hati saya. Maklumlah buah hati saya Arif Fahmi telahpun selamat bersunat baru-baru ini . Walaupun baru berumur 4 tahun (bakal mencecah usia 5 tahun bulan Mei nanti), Alhamdulillah Arif happy dan tidak takut untuk bersunat. Mungkin ini berkat doa dan kata-kata semangat daripada ahli keluarga dan pengalaman Arif sendiri melihat kedua-dua abang sepupunya bersunat. Bagi ibu-ibu yang belum ada pengalaman, rajah di bawah sangat sesuai menerangkan apa yang akan berlaku semasa proses bersunat dijalankan.

Proses Bersunat

Tips 1
Sebelum bersunat, amat penting sebenarnya untuk kita menerangkan kepada anak-anak proses bersunat yang bakal mereka lalui. Contohnya: kenapa perlu bersunat, apa kebaikan bersunat dan pantang larang semasa bersunat. Seelok-eloknya kita ceritakan perkara-perkara yang positif sahaja. Walau bagaimanapun bergantung kepada penerimaan anak, boleh juga kita ceritakan keadaan sebaliknya seperti anak akan sedikit sakit semasa ingin kencing tetapi akan cepat baik jika ubat sapu diletakkan dan sebagainya.

Sekali lagi Kisah Upin dan Ipin Bersunat Menjadi Inspirasi Pada Arif :-)


Tips 2
Sediakan sedikit keseronokan untuk anak bersunat. Mungkin boleh diadakan sedikit kenduri doa selamat untuk meraikan anak. Selain itu, selama ini anak mungkin tidak ada kain pelekat untuk kanak-kanak. Jadi jom belikan kain pelekat ini agar anak rasa happy dan ceria dengan proses bersunat yang bakal dilalui. Jangan tak tahu, ramai ibu bapa yang tidak tahu akan kewujudan kain pelekat kanak-kanak ini. Malah ramai yang datang bersunat dengan menggunakan kain pelekat ayah yang sangat besar. Oleh kerana anak bakal berehat dan hanya berbaring dalam 3-4 hari pertama boleh juga hadiahkan sesuatu yang sesuai dengan keadaan ini seperti membelikan anak buku-buku kegemarannya, tab pendidikan dan lain-lain.

Antara contoh kain pelekat anak yang terdapat di pasaran

Tips 3 
Di hari bersunat, siapkan anak sepenuhnya. Pastikan anak telah mandi, bersarapan, buang air kecil dan lagi elok telah buang air besar. Berikan keselesaan pada anak kerana selepas bersunat mereka mungkin akan berasa sedikit sakit, takut untuk kencing dan kena berpantang makan selama beberapa hari.

Tips 4
Bagi anak yang bersunat menggunakan kaedah tradisional atau laser, bagi memudahkan penjagaan selepas bersunat, boleh gunakan  cup ini untuk mengelakkan anak terhimpit atau terusik bahagian tersebut. Memang mudah sebab bila diletakkan cup ini dan dilekatkan dengan pita, anak boleh baring atau duduk dengan lebih yakin.
Hanya tolakkan cup ke atas apabila anak ingin kencing. Selepas anak kencing, jiruskan air dengan perlahan menggunakan syringe. Lapkan secara perlahan dengan tisu dan bubuh minyak antibiotik yang dibekalkan.

Penggunaan Cup Untuk Penjagaan Anak Bersunat
 Tips5
Rancang Makanan Untuk Anak agar anak selesa dengan penukaran rutin makanannya selama beberapa hari. Makanan anak bersunat tidak jauh bezanya dengan makanan ibu berpantang. Antara makanan yang sesuai untuk anak bersunat ialah ikan dan sayur. Pelbagai menu boleh dibuat seperti sup ikan, ikan bakar dan sup sayur. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan risiko gatal seperti ayam dan makanan laut sehingga luka anak betul-betul pulih.  Penting untuk kita menjaga menjaga pemakanan dan kebersihan supaya luka anak berkhatan cepat sembuh dan mereka boleh kembali aktif seperti biasa.

Saya turut memberikan Arif Set Kanak-Kanak Shaklee yang mengandungi  multivitamin Vitalea, Omega Guard, Chewable Vitamin C dan Meal Shakes bagi menggalakkan proses pemulihan luka yang lebih cepat dan menguatkan sistem imun. Alhamdulillah, Arif juga kelihatan bersemangat dan tidak sabar-sabar sembuh untuk menjadi imam semasa bersolat :-)

Semoga proses bersunat ini mengajar anak-anak kita menjadi lebih matang dan berdikari, InsyaAllah

Salam Sayang dan Jumpa Lagi


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

1 comments:

Wan Fatihanum Wan Rusli on January 17, 2015 at 11:09 AM said...

takde pengalaman lgi dengan anak bersunat ni..tq utk info yang sangat berguna..

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template