Thursday, January 8, 2015

6 Cara Kreatif Untuk Memberitahu Suami Yang Anda Telah Mengandung!

Salam semua :-)

Masih lagi di dalam topik kehamilan, hari ni saya nak kongsikan antara cara-cara kreatif untuk memberitahu pasangan bahawa kita telah pun mengandung. Sesekali buat surprise apa salahnya kan, moga-moga ianya menjadi kenangan manis buat anda berdua.

Hadiahkan Barangan Bayi
Apa kata hadiahkan sepasang kasut bayi yang comel kepada suami? Pasti suami akan tertanya-tanya tetapi pasti dapat meneka apa maksud hadiah itu. Lebih indah lagi, letakkan pregnancy test mommy di dalam kasut comel tersebut. Surprise! 



Makan Malam Yang Indah
Masakkan makanan kegemaran suami dan bolehlah kita memberitahu suami berita gembira tersebut. Kalau tak larat nak masak, bolehlah ajak suami makan di restoran kegemarannya.
 



Buat-Buat Loya
Ini juga satu cara yang comel untuk memberitahu suami bahawa anda telah mengandung. Bila suami nyatakan kehairanan mengapa anda loya, katakan padanya ‘pembawakan baby’ kot. Hihi :-)

Lamaran Menjadi Bapa
Sekiranya suami pernah melamar anda di sesuatu tempat, apa kata ajak suami semula ke tempat itu. Hadiahkan sebuah kotak dan di dalamnya mengandungi perkataan seperti “ Sudi Tak Jadi Ayah Yang Baik Untuk Baby Kita?”



Letakkan Nota Comel Di Tempat Yang Boleh Dilihat Suami 

Sebagai contoh: Letakkan nota di dalam wallet suami yang berbunyi "Sayang, Selamat menjadi Ayah".

Pasti suami akan segera menelefon atau balik ke rumah dengan segera bila membacanya.


Hantarkan Ucapan atau Voice Note Kepada Suami.
Hantarkan ucapan di mana suami tidak boleh membalasnya secara serta merta. Banyak cara untuk menghantar voice note, melalui pesanan suara di telefon atau melalui media social seperti di whatsapp atau telegram.  

Tahniah Di atas Kehamilan dan Jadikan Kehamilan Anda Sesuatu Yang Indah!

 Salam Sayang & Jumpa Lagi!

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!  

 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

10 comments:

nila anggraini on January 8, 2015 at 6:28 PM said...

Ingat lagi masa saya baru mengandung dulu...tahu mengandung jer nangis...hihihihi....lepas tu asik nak mkn sahaja.....malu plak kalau ingat....

noor azlin on January 8, 2015 at 7:34 PM said...

Haha,apa akan jadi kalau dah buat semua yang di atas tapi dia buat de' jer hehehe... (tandanya dia saja je nk kasi kita ngamuk dulu- usikan power)...

alyaa aidee on January 8, 2015 at 8:06 PM said...

Hehe comelnya.. :) tak pernah wat lagi. Preggy hari tu wat test sama2. Tak sempat nak wat surprise.

Ummu Hanan on January 8, 2015 at 8:43 PM said...

Hahaha so sweet la Ila..^_^ Ingt dulu masa pregnant, mula2 wat test sendiri, pastu buat2 ajak hubby pi klinik, nak pi cek konon2 nya cek biasa, pdhl sendiri memang dh tahu jawapan doktor.. So, surprise kt hubby bile doc gtau I'm pregnant! ^_^

sicomel ayatulhusna on January 9, 2015 at 7:17 AM said...

Alaaa manjanya...hamil dulu tak terfikir pun nk buat mcm tu...hihi
sekarang dh tiga.

kebaikkan vivix yang harus di ketahui umum

Ila Fyra on January 9, 2015 at 8:36 AM said...

Hihi, kenapa nila nangis? Terkejut ke? Apa pun itu semua kenangan kan :-)

Ila Fyra on January 9, 2015 at 8:37 AM said...

Hahaha, memang tak dapat bayang kalau suami buat de' jer. Maybe nak control macho sebab over excited tu :-P

Ila Fyra on January 9, 2015 at 8:39 AM said...

Itupun kira surprise jugak lah Fiza. Yang best kita dah tahu dulu kan :-)

Ila Fyra on January 9, 2015 at 8:41 AM said...

Kikiki, yang ke 4 nanti kita buat ye kak. Maybe kena bagi hadiah 3 kasut besar yang anak-anak sekarang punya saiz dan 1 kasut baby pulak sebab nak gambarkan yang akan ada sorang lagi baby bakal lahir, hihi...

nurulhuda sobari on January 9, 2015 at 8:47 AM said...

Hihii..seumur hidup xpernah buat surprise apa2. Tambah2 nk gtau pregnant. Sbb mmg tau xkan jadi..excited terlampau.hehee..

JommSihatDanCantik -> SUAMI SENTAP GARA-GARA MASALAH KEPUTIHAN ISTERI

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template