Friday, January 23, 2015

Salah Anggap Tentang Kebakaran Di Rumah : Kenapa Wajib Pasang Alat Smoke Detector?

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mendengar taklimat tentang kebakaran yang disampaikan oleh sebuah NGO. Asalnya datang sekadar untuk menambahkan pengetahuan, namun ceramah ini memang sangat menyentuh hati kerana ianya memaparkan realiti tentang kebakaran yang berlaku di rumah atau di dalam kereta yang sering membawa kepada kematian. Yang paling menyedihkan sebenarnya kebakaran atau kehilangan nyawa kerana kebakaran ini mungkin boleh kita elakkan dengan sedikit pengetahuan dan persediaan awal bagi menghadapinya.

Kebakaran sering mengakibatkan kehilangan nyawa

Di bawah ini saya kongsikan beberapa point yang telah disampaikan oleh penceramah. 

Senario Kebakaran Dulu dan Sekarang.
Kebakaran pada masa dulu sering disebabkan oleh kebakaran api seperti lilin atau api kecil yang membakar kertas, langsir dan sebagainya. Kebakaran ini mudah dipadamkan dan tidak merebak dengan cepat.


Kebakaran zaman sekarang pula sering disebabkan oleh litar pintas (elektrik) dan sangat merbahaya kerana ia merebak dengan cepat. Dalam masa 1-2 minit sebuah bilik yang kecil seperti ruang tamu boleh musnah dan terbakar sepenuhnya. Inilah sebab mengapa kita sering mendengar terdapat ramai mangsa yang rentung dan terperangkap di dalam kebakaran.

Anggapan Bahawa Kebakaran Mungkin Tidak Berlaku
Kebanyakan daripada kita sering menganggap kebakaran mungkin tidak akan berlaku. Oleh yang demikian ramai di antara kita yang sering mengabaikan aspek persediaan di dalam menghadapi kebakaran berbanding aspek keselamatan rumah yang lain. Kebakaran bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ianya boleh berlaku disebabkan oleh api biasa atau litar pintas dari dalam rumah atau disebabkan oleh faktor lain seperti disambar petir dan sebagainya.


Antara Kisah KebakaranYang Menyayat Hati

Kehilangan Nyawa Berlaku Disebabkan Kebakaran Tidak Disedari Lebih Awal
Kebanyakan kebakaran yang berlaku di rumah tidak disedari lebih awal dan akhirnya ianya mengakibatkan kematian. Senario kehilangan nyawa ini sering terjadi apabila kebakaran berlaku ketika penghuninya sedang tidur sama ada ketika siang mahupun di waktu malam. Oleh yang demikian pemasangan alat pengesan asap ini sangat-sangat digalakkan bagi memberi amaran ketika berlakunya kebakaran. Harga Alat ini pula sangat murah dan boleh diperolehi dengan harga serendah RM70 mengikut jenama.


Pemasangan Alat Pengesan Asap Mampu Memberi Amaran Awal Apabila Berlakunya Kebakaran


Antara kebaikan-kebaikan menggunakan pengesan asap ialah:-
  • Ianya akan memberitahu semua orang di dalam rumah tentang kebakaran dengan mengeluarkan siren yang kuat.
  • Kebakaran boleh dikesan dengan lebih cepat dan kita berpeluang untuk menyelamatkan nyawa ahli keluarga serta dapat menangani kebakaran sebelum ianya merebak.
  • Pengesan asap juga dapat memberitahu lokasi di mana asap atau api sedang merebak dan ini membolehkan kita memadamnya dengan segera.
Pemasangan Alat Pemadam Api
Pemasangan Alat Pemadam Api juga sangat digalakkan sebagai persediaan menghadapi kebakaran. Antara alat pemadam api yang paling sesuai dipasang adalah jenis serbuk kerana ianya sesuai untuk memadam pelbagai jenis kebakaran. Alat ini juga tidak terlalu mahal dan boleh dibeli dengan harga sekitar RM100 ke atas mengikut jenama.


Elakkan lintar pintas dan jimatkan penggunaan elektrik.

Terdapat banyak kes di mana pemilik melakukan pengubahsuaian rumah dan menambah soket pada punca elektrik sedia ada tanpa mengetahui ia telah melebihi had arus elektrik dibenarkan. Bila semua peralatan elektrik digunakan serentak, ia boleh mengakibatkan berlakunya litar pintas yang menjadi punca kebakaran.


Terdapat 3 praktis terbaik untuk mencegah litar pintas iaitu :-
  • Pastikan semua pendawaian di rumah dipasang atau diservis oleh juruelektrik berlesen. 
  • Seterusnya pastikan juga barang-barang elektrik yang digunakan di rumah kita  menepati  piawaian keselamatan kebangsaan yang dikeluarkan oleh SIRIM. 
  • Pastikan penggunaan elektrik pada kadar yang sepatutnya dan elakkan pembaziran seperti mengecaj handphone ketika waktu tidur. Mengecaj handphone ketika tidur biasanya akan membuatkan kita mengecaj handphone sepanjang malam - berjam jam lebih lama daripada yang sepatutnya. Bayangkan litar pintas berlaku ketika itu, tentu ianya sangat membahayakan bukan?

Moga-moga info di atas dapat membantu kita mengelakkan kebakaran dan membantu menyelamatkan nyawa insan-insan yang kita sayangi.

Salam Sayang dan Jumpa Lagi

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

2 comments:

nila anggraini on January 25, 2015 at 12:04 PM said...

Informasi yang sangat bermanfaat sekali....kebakaran memang sangat berbahaya dan boleh membahayakan nyawa....
5 Tetamu Tak Di Undang Yang Membahayakan Tuan Rumah

nila anggraini on January 25, 2015 at 12:04 PM said...

Informasi yang sangat bermanfaat sekali....kebakaran memang sangat berbahaya dan boleh membahayakan nyawa....
5 Tetamu Tak Di Undang Yang Membahayakan Tuan Rumah

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template